Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas June 19, 2019 @ 1:25pm

‘Keluarga Halang Saya Jadi Penyanyi Hip Hop’- Pele

Walaupun tidak mendapat ‘restu’ daripada ahli keluarga untuk bergelar penyanyi hip hop, anak muda berusia 25 tahun ini tidak pernah mengaku kalah.

Percaturan penyanyi meningkat naik, Pele yang tampil dengan single berjudul ‘She’ ternyata mengubah perspektif kedua orang tuanya.

“ Ibu- bapa saya tidak pernah bersetuju melihat saya menjadi penyanyi hip hop. Ini kerana kesemua adik-beradik saya berjaya melanjutkan pelajaran dan mendapat pekerjaan yang dapat membuatkan ibu-bapa bangga dengan mereka.

“ Saya juga mengambil keputusan untuk berhenti belajar ketika di tahun kedua dalam jurusan undang-undang di salah sebuah universiti swasta. Itu yang membuatkan kedua ibu-bapa sedikit kecewa pada masa itu.

“ Namun saya tidak pernah sesekali menjadikan itu sebagai alasan untuk ‘melumpuhkan’ impian. Saya terus menghasilkan karya sendiri. Alhamdulillah bakat saya mendapat perhatian daripada rapper terkenal, Joe Flizzow,” kata Pele yang turut tersenarai sebagai salah seorang artis 16 Baris yang diasaskan oleh Joe.

Pele ditemui semalam pada sidang media ‘The Culture 2019’ yang merupakan Ekspo Sub Budaya dan Gaya Hidup terbesar di Malaysia, dijangka berlangsung selama tiga hari bermula  5 hingga 7 Julai depan di Stadium Bukit Jalil.

Pele atau nama sebenarnya Muhammad Dzulfadzli Abdul Latif merupakan antara barisan artis yang akan membuat persembahan di samping kumpulan Bunkface, Gerhana Ska Cinta dan ramai lagi pada ekspo berkenaan yang terbuka kepada orang ramai dengan harga tiket RM35 bagi tiga malam.

Merancang tampil dengan lagu Melayu pada hujung tahun ini, Pele memberitahu, “Jika tiada halangan, Insha Allah saya akan keluarkan single dalam bahasa Melayu pula. Saya juga berhasrat dapat membuat kolaborasi bersama idola dalam dunia Hip Hop iaitu Joe Flizzow atau Malique.”

“ Dalam masa sama, saya juga aktif merencana karier seni dengan bergerak sendiri tanpa mengikat kontrak dengan mana-mana label. Buat masa ini saya selesa bergerak sendiri,” akhiri penyanyi yang mula aktif menyanyi sejak tahun 2014.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kes Mahkamah Thu, 2 May 2024
Hiburan Fri, 28 Feb 2025

Langgar Dua Perjanjian Kontrak, Anak Shiela Rusly Failkan Tuntutan RM808,260 Terhadap Syarikat Wak Doyok

Syarikat Wak Doyok gagal bayar tuntutan lebih RM800 ribu, Uzair fail saman

LIFESTYLE Mon, 30 Apr 2018

Planning a Holiday Soon? Here’s 16 Hot Destinations to Check Out

You can check out these places as inspirations for your next travel plans.

Hiburan Fri, 13 Apr 2018

Faye Lahirkan Anak ‘ADAM50’ Di Kalangan Artis!

Agaknya artis mana yang akan mendahului permohanan pendaftaran secara dalam talian ini  atau memberi laluan sahaja kepada keluarga yang lebih memerlukan?

Hiburan Fri, 14 Feb 2025

[VIDEO] Aina Abdul Sedih Bakat Sering Dibandingkan Dengan Penyanyi Wanita Lain

Aina Abdul sedih dibandingkan dengan penyanyi wanita

Hiburan Mon, 9 Dec 2019

Khai Bahar Mengakui Tak Sanggup…

Biarpun kemunculannya dalam drama bersiri, Satukah Rasa bersama penyanyi Siti Nordiana mendapat pujian peminat, Khai Bahar, mengakui tidak sanggup melihat lakonannya sendiri. Katanya, bukan tidak percaya bakat dan kemampuan yang dimiliki, namun dia menganggap penampilan […]

Featured Tue, 30 May 2023
error: Content is protected !!