Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Faida June 19, 2019 @ 1:50pm

Persembahan Artis Popular, Aktiviti Menarik Di The Culture 2019

Program The Culture 2019 yang berlangsung selama tiga hari berturut bakal menggabungkan krew-krew B-boy, pelukis graffiti, penggemar barangan antik, pemain papan selaju dan fesyenista gaya jalanan di sebuah lokasi sama.

Bermula 5, 6 dan 7 Julai 2019 di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pengunjung akan disajikan dengan persembahan artis popular serta aktiviti menarik bermula 11 pagi hingga 10 malam.

“ Tujuan utama ekspo ini adalah untuk menggabungkan komuniti sub-budaya yang terdapat di Malaysia, di samping menyediakan pentas kepada bakat-bakat tempatan kita, menonjolkan kebolehan mereka,” kata Mohd Faizul bin Isa, kurator The Culture 2019.

 “ Ia juga untuk memberi inspirasi kepada orangmuda agar lebih bersifat keusahawanan dengan menjadikan sesuatu yang mereka gemar kepada sesuatu yang menjana pendapatan,”. katanya. 

Berlangsung di dewan berkeluasan 145m x 40m iaitu 2 kali ganda dari KLCC, The Culture 2019 akan menempatkan lebih daripada 154 vendor seperti fesyen, makanan tempatan dan gaya hidup serta beberapa aktiviti riadah terkini yang digemari oleh orang muda dan berpotensi menjadi satu kerjaya seperti ‘beatbox’, krew B-boy, pertandingan papan luncur dan 3 lawan 3 bola keranjang.

Ekspo ini mensasarkan 60,000 pengunjung dalam masa 3 hari ianya berlangsung.

Ekspo The Culture 2019 terbahagi kepada dua kawasan iaitu bahagian dalam dewan utama dan bahagian aktiviti luar.

Bahagian dalam akan menempat pelbagai pilihan fesyen jenama tempatan, gajet terkini dan pertandingan krew B-boy yang akan diadili oleh juri yang sudah menempah nama di persada antarabangsa seperti Wingzero.

Antara yang bakal menjadi tarikan juga adalah ‘Vintage Town’ yang akan mempamerkan 60 vendor yang menarik minat komuniti pasar karat Jalan Raja Bot, Ipoh dan Johor Bahru serta memberi peluang peniaga-peniaga atas talian merasai pengalaman serta menambah kenalan dan pengetahuan bersama komuniti sub-budaya ini.

Bahagian aktiviti luar pula merangkumi pertandingan bola keranjang, pelbagai pilihan makanan tempatan yang berkonsepkan pasar malam dan kawasan papan selaju sementara yang dibuka untuk orang ramai. Di sini, peminat sukan papan selaju boleh menghadiri kelas bersama tenaga pengajar mahir.

Di samping itu, ekspo 3 hari ini bakal digegarkan juga dengan barisan artis tempatan seperti Bunkface, Gerhana Skacinta, Iamneeta, K-Clique, Hullera, LOKO dan ramai lagi. Tiket boleh didapati di, www.theculture.my.

TRIVIA THE CULTURE 2019

  • Kawasan dewan ekspo The Culture 2019 berkeluasan 145m x 40m.
  • 60,000 pengunjung dijangkakan membanjiri The Culture 2019.
  • Lebih daripada 400 vendor akan terlibat.
  • 60 vendor untuk Vintage Town.
  • Lebih 15 artis tempatan bakal membuat persembahan.
  • Pada konsert hari Sabtu, keseluruhan persembahan adalah dari artis wanita.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 2 Oct 2022
LIFESTYLE Fri, 23 Nov 2018

Petua Tradisional Hindar Bau Badan

Muka handsome tapi sayang bila angkat tangan bau badan semerbak 2 blok

Hiburan Tue, 27 Nov 2018

Tiga Lagu Hael Ke AJL 33, Nabila Razali Janji ‘Turun Padang’

Sweet je tengok dua selebriti ni kan. Teman tapi mesra gituew…

Featured Wed, 17 Jul 2024

Rita Rudaini Mohon Terbit Podcast Berilmu, Penggunaan Bahasa Kasar & Isu Sensitif Bukan Perkara Remeh – “Biar Santai Tapi Bagi Impak Positif”

Min Setuju 💯. Biarlah podcast yang diterbitkan tu memberi banyak input untuk penonton. Beru cenggini👍👍👍

Featured Sun, 17 Oct 2021

Ibu Kepada 9 Anak Dijatuhi Hukuman Gantung

Tular satu video apabila seorang ibu tunggal kepada sembilan orang anak dijatuhi hukuman gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi Tawau pada Jumaat selepas didapati bersalah memiliki dan mengedar dadah tiga tahun lalu. Hakim Mahkamah Tinggi, […]

Featured Mon, 30 Jun 2025

Peguam Dedah PU Azman Manfaat Masa Ajar Ilmu Agama Di Penjara

PU Azman juga sering meminta dibawakan buku agama baharu.

Hiburan Wed, 3 Oct 2018

Lepas Gong Nekara, Duo Popular Ini Bakal Duet Dengan ‘Sifu’

Siapa agaknya eh ‘sifu’ yang dimaksudkan? Hurm…sama-sama kita tunggu. Single itu bakal ke udara berkemungkinan awal tahun depan. Tak sabarnya!

Hiburan Wed, 12 Jun 2019

Ezzaty Abdullah Risau Tengok Keadaan Suami

Syukur dia stabil selepas mengadu susah bernafas. Azwan memang ada masalah lelah sejak kecil namun terkawal.

error: Content is protected !!