Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 30, 2025 @ 2:00pm

Peguam Dedah PU Azman Manfaat Masa Ajar Ilmu Agama Di Penjara

Penceramah selebriti, PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias, 44, yang kini menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang, Selangor, memanfaatkan masa dengan mengajar ilmu agama kepada banduan lain sebagai sebahagian daripada rutin hariannya.

Menurut peguamnya, Mohamad Zahid Ahmad menerusi hantaran di Facebook,  PU Azman berada dalam keadaan baik dan turut dimaklumkan telah menghafaz empat juzuk al-Quran sepanjang berada dalam tahanan.

“Beliau dalam jagaan yang baik, setiap hari mengajar banduan dan kadang-kala berkongsi ilmu dengan pegawai penjara. Beliau juga memohon agar semua mendoakannya,” katanya.

Tambahnya, setiap kali bertemu, PU Azman pasti meminta dibawakan buku baharu, menunjukkan minatnya yang mendalam terhadap ilmu meskipun berada dalam situasi sukar.

“Hanya beliau yang tahu apa yang dirasai, namun saya percaya setiap ujian ada hikmahnya. Ini adalah perjalanan terbaik yang Allah SWT tentukan untuknya,” jelasnya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan PU Azman untuk menjalani hukuman penjara secara serentak selama 12 tahun bagi dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki, berbanding hukuman asal 24 tahun. Namun, hukuman dua sebatan kekal seperti diputuskan sebelum ini.

PU Azman mula menjalani hukumannya di Penjara Kajang sejak 27 September 2024.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Jan 2026

“Berhentilah Sebarkan Aib, Dia Budak Yang Baik” – Siti Jamumall Pertahan Mia Sara

Menurut Siti, sepanjang hampir lima tahun saling mengenali, dia menyifatkan Mia sebagai seorang yang baik

Featured Fri, 20 Sep 2024

Mengaku Pernah Berkahwin, Hati Ustaz Wadi Annuar Masih Belum Terbuka – “Semalam Ada Orang Datang Meminang Saya”

Banyak betul Ustaz Wadi Annuar spill dalam podcast kalini!❤️❤️❤️

Events Sun, 1 Sep 2019

陈昇火辣钢管舞尽显「顽童本色」!承诺会再来唱

「音乐顽童」陈昇出道30周年《华人公寓》巡回演唱会,从去年开始巡回,今年终于与马来西亚「住客」见面,这也是他首次正式在大马开唱……

error: Content is protected !!