Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 28, 2019 @ 11:00pm

Kurang Selesa Kongsi Soal Peribadi, Intan Ladyana Kunci Mulut

“ Bila tiba masa sesuai, saya akan beritahu,” kata pelakon Intan Ladyana ketika ditanya tentang teman lelaki.

Kata pelakon filem Adnan Sempit ini, dia kurang gemar berkongsi hal peribadi dengan orang ramai.

“ Sejak dulu lagi saya lebih tertutup dalam hal ini. Saya mempunyai pendirian untuk tidak berkongsi hal mengenai teman lelaki dengan masyarakat.

“ Sama ada dia kini sedang menjalin hubungan dengan seseorang atau masih solo, biarlah saya sahaja yang tahu,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Media Prima di Hilton Kuala Lumpur, semalam.

Kata Intan, bila tiba waktu sesuai, dia akan kongsikan juga.

“ Ada atau tiada, saya tidak mahu komen apa-apa. Saya akan rahsiakan sampai tiba masa sesuai untuk dikongsikan. Bagaimanapun, buat masa ini tidak ada apa-apa yang perlu saya katakan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Intan bakal muncul dengan telefilem Antara Dua Deru.

“ Saya masih ada dan aktif dalam bidang lakonan. Mungkin peminat jarang nampak saya di kaca televisyen. Tawaran tetap ada cuma saya lebih memilih watak yang sesuai,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 20 Aug 2024
Hiburan Thu, 10 Oct 2019
Hiburan Thu, 24 May 2018

“Beauty Is Pain”- Sajat

Episod kali ini kami akan membawa penonton untuk mengetahui rahsia disebalik bentuk badan Sajat yang menggoda. Wah! mesti penonton semua nak tahu kan agaknya bagaimana lah Sajat menjaga penampilan beliau agar sentiasa kelihatan seksi kan? 

Selebriti Wed, 4 Oct 2023

“Lelaki Yang Angkat Tangan Pada Wanita Itu Lemah!” – Lufya Omar

Tugas lelaki adalah untuk melindungi, mendidik dan provide kepada wanita

Hiburan Tue, 18 Jun 2024

“Orang Tengah Sakit, Sibuk Tanya Bila Nak Kahwin!” – Zara Zya Luah Rasa Kesal

Soal jodoh ni bukan terletak pada tangan kita.. doa yang baik-baik. Stay Strong, Zara Zya!

Events Wed, 5 Feb 2020
error: Content is protected !!