Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal June 1, 2019 @ 1:17pm

Suri Rumah Disambar Petir Sewaktu Masak Sahur

Dalam kejadian jam 9.15 malam itu, mangsa, Maznah Awang Pa, 47, sedang memasak di bahagian dapur rumahnya untuk bersahur keesokan hari (hari ini).

Menurut suami mangsa, Azizan Mad Desa, 52, ketika isterinya berada berhampiran kabinet jubin, tiba-tiba berlaku panahan petir di bahagian belakang rumahnya lalu menyambar periuk nasi elektrik di atas kabinet jubin dan menyebabkan jubin itu meletup sehingga serpihannya mengenai isterinya.

“Ketika panahan petir itu, bekalan elektrik terputus, periuk nasi elektrik meletup dan keadaan tiba-tiba menjadi panik apabila terdengar suara isteri meminta tolong. selepas mencapai lampu suluh saya melihat dia sedang merangkak meminta tolong dan paha kirinya berlumuran darah.

“Panahan petir yang dipercayai memasuki dapur rumah turut menyebabkan sistem pendawaian elektrik keseluruhan rumahnya turut rosak dan terbakar,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Azizan berkata, kejadian ini menyebabkan dia kerugian hampir RM10,000 apabila peti sejuk dan televisyen yang baru dibeli bulan lepas serta beberapa perkakasan elektrik lain untuk menyambut perayaan Aidilfitri rosak.

Namun beliau bersyukur kerana dia dan empat lagi anggota keluarganya yang turut berada di dalam rumah termasuk seorang cucu berusia tujuh tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Isteri Azizan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Muhd Fairus Rosdi mengesahkan menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 9.46 malam tadi sebelum tiga anggotanya bergegas ke lokasi.

“Anggota yang tiba mendapati mangsa yang cedera berada di dalam rumah sebelum membawanya terus ke HSB untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Beliau turut menasihat orang ramai agar berwaspada ketika mengguna peralatan elektrik terutama ketika cuaca hujan dan ribut serta sentiasa menanggalkan palam dari soket elektrik bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 1 Oct 2025

XTRA XSTAR 2025: Tugasan Pertama Top 20 Bermula, Masing-Masing Sudah Mula Tunjuk ‘Taring’

XTRA XSTAR 2025 semakin hangat! Undian peserta kegemaran anda sebelum 12 Oktober

Trending Sat, 15 Jun 2019

Kerana Popular Belanda ‘Tertekan’ ?

Pelancong datang melancong boleh tertekan kenapa ya?

Hiburan Sat, 29 Jul 2023

Ernie Zakri Persoalkan Sikap Segelintir Pihak Suka Komen Menyakiti Hati Orang Lain – “Rasa Gempak Ke?”

Kalau tak mampu berkata yang baik baik, diam lagi bagus kan 😌 Hm sian Kak Ninie 💓🤗

Drama Wed, 25 Dec 2024

Emma Maembong Terjerat Dalam Rumah Tangga Toksik?

Saksikan Emma Maembong, Iedil Dzuhrie Alaudin, Shah Jaszle dan ramai lagi dalam Wanita Milik Kaiden.

error: Content is protected !!