Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal June 23, 2019 @ 1:36pm

Serpihan Tulang Dekat Gua Kandu Bukan Milik Acap

Serpihan tulang disyaki tulang manusia yang ditemukan dekat Gua Kandu, Gopeng April lepas bukan milik peserta larian Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019, Mohammad Ashraf Hassan.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata laporan ujian oleh Jabatan Kimia mendapati tulang tersebut tidak sepadan dengan asid deoksiribonukleik (DNA) ibu kandung mangsa, Siti Maznah Khamis serta abangnya, Mohammad Azlan.

Katanya DNA tulang tersebut yang ditemukan berhampiran Jalan Sungai Itek-Kampung Jahang dekat Gua Kandu pada 20 April lalu juga tidak terdapat dalam data Jabatan Kimia.

“Melalui kaedah ‘post mortem’ dan ujian DNA telah mengesahkan serpihan tulang yang dijumpa bukan milik Mohammad Ashraf dan pemilik tulang sebenar tidak dapat dikenal pasti setelah semakan dibuat melalui data DNA Jabatan Kimia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Razarudin, hasil analisis sampel tanah juga menunjukkan warna tanah pada serpihan tulang dan tanah di lokasi penemuan adalah tidak sama.

“Ini mengesahkan serpihan tulang yang ditemukan tersebut bukan berasal dari lokasi penemuan,” katanya.

Mohammad Ashraf, 29, atau dikenali sebagai Acap dari Muar, Johor hilang semasa menyertai GUT 2019 pada 23 Mac lepas.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 16 Jul 2018

Timbang Bola Dalam Keadaan Berjubah Dan Berhijab, Gadis Ini Memang Power!

Pelajar jurusan Asasi dalam bahasa Arab dan Sains Islamic di Universiti Al-Madinah, Shah Alam ini mula meminati dunia bola sepak sejak dua tahun lalu.

Hiburan Fri, 25 Jul 2025
Trending Tue, 3 Apr 2018

Bekas Isteri Nelson Mandela Meninggal

Wanita itu dimasukkan ke hospital Johannesburg awal tahun lalu kerana penyakit buah pinggang dan serta mengalami kesakitan pada salah satu kakinya.

Featured Thu, 26 Jan 2023
Trending Fri, 30 Aug 2019

Harga Minyak RON97 Turun, RON95 Dan Diesel Kekal

Harga runcit produk petroleum bagi tempoh 31 Ogos sehingga 6 September 2019 kekal.

Kisah Viral Wed, 13 Sep 2023

Isu Ganggu Rumah Tangga, Umisya Boleh Saman Marissa Dania Jika Masih Isteri Aslam

Walaupun dah bercerai, boleh ambil tindakan yang sepatutnya!

error: Content is protected !!