Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal June 22, 2019 @ 1:43pm

Insiden Jari Kanak-Kanak Tersepit Pada Eskalator Pasar Raya

Golongan dewasa perlu mengambil tanggungjawab untuk memerhatikan serta mengawal mereka agar tidak terdedah kepada bahaya. Bukan sahaja penculikan, hilang dan sebagainya, akan tetapi peralatan-peralatan di pasar raya juga boleh mengundang akibat buruk kepada anak-anak kecil ini.

Antara peralatan yang berbahaya bagi kanak-kanak di sana ialah eskalator atau tangga elektronik. Seringkali kita dengar kejadian seperti kaki tersepit di eskalator, baik di dalam dan di luar negara.

Namun, lain pula ceritanya mengenai satu kejadian yang dilaporkan berlaku di sebuah pasar raya di Bintulu, Sarawak baru-baru ini.

Jari seorang kanak-kanak telah tersepit di bahagian bawah eskalator menyebabkan jarinya berdarah.

Bagaimanapun, keadaan semasa kanak-kanak tersebut tidak dapat dipastikan. Diharapkan anak kecil berkenaan berada dalam keadaan yang baik dan telah menerima rawatan sepatutnya.

Kejadian ini telah menerima maklumbalas yang bercampur-baur dari kalangan wargamaya dan kebanyakannya menyalahkan ibu bapa mangsa. Walaubagaimanapun, ada juga yang tidak menyalahkan ibu bapa mangsa sepenuhnya berkenaan kejadian ini.

“Jadikan iktibar dan pengajaran. Tiada ibu bapa yang mahu perkara ini terjadi kepada anak sendiri. Selalunya, malang tidak berbau,” tulis seorang pengguna di Facebook.

Sumber: FB Kamek Miak Sarawak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 23 Nov 2022
Featured Wed, 13 Oct 2021

“Sedih, Kesal, Kecewa Dalam Uber Cup Kali Ini, Tapi…” – Teoh Mei Xing Luah Perasaan Di Instagram

Pasukan badminton wanita kebangsaan menamatkan kempen Piala Uber dengan pelbagai pengalaman yang dipelajari setelah tewas dengan pasukan dari China, Denmark dan Canada. Menurut pemain badminton kebangsaan, Teoh Mei Xing, dia sedih, kesal dan kecewa tetapi […]

Featured Tue, 20 Feb 2024

Kongsi Video GRWM… Puteri Balqis Dedah Pernah Dilabel Pengemis, Bertindak Sekat 300 Komen Hinaan Setiap Hari – “Don’t Be Scared To Blocked This Moron”

Mantap lah Puteri Balqis! Yang penting janagn semakkan kepala dengan pendapat orang tak berilmu❤️✌️

Featured Thu, 11 May 2023

Tiga Kali Nyaris Dibunuh, Mark Adam Pilih Berdamai & Terpaksa Menanggung Ribuan Ringgit

Allahu tergamaknya tipu duit orang.. Semoga Mark tabah lalui ujian ni

error: Content is protected !!