Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul July 3, 2020 @ 3:19pm

Cadangan Benarkan Latihan Penuh Bagi Sukan Berpasukan Akan Dibentangkan Minggu Depan

Cadangan untuk membenarkan latihan penuh secara berkontak bagi sukan berpasukan akan dibentangkan minggu depan. Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri semasa sidang media MKN yang berlangsung hari ini.

“Sebelum ini kerajaan telah membenarkan latihan dan aktiviti sukan serta rekreasi yang tidak ada sentuhan badan atau non contact secara individu dan bukan berpasukan bermula pada 15 Jun 2020.

“Kerajaan mendengar rayuan serta keluhan daripada pengusaha-pengusaha sukan berkontak termasuk persatuan bola sepak bagi pembukaan semula aktiviti-aktiviti sukan berkontak.

“Minggu depan, Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Datuk Seri Rizal Merican Naina Merican dijangka akan membentangkan kepada mesyuarat khas menteri-menteri mengenai cadangan membenarkan latihan penuh secara berkontak bagi sukan berpasukan seperti bola sepak, futsal, sukan tempur dan sebagainya,” katanya.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 15 Jun 2021

Wah! Muncul Di Program Hiburan Popular Korea, Nama Aina Abdul Trending Di Twitter

Penampilan penyanyi Aina Abdul di program hiburan popular Korea Selatan semalam membuatkan namanya trending di laman sosial Twitter. Ramai peminat tempatan yang memperkatakan mengenai kemunculan pelantun lagu Sepi itu di salah sebuah episod program muzikal […]

Featured Sat, 4 Mar 2023
Featured Fri, 30 Sep 2022
Featured Mon, 24 May 2021

Kini Berkahwin Dengan Kerabat Brunei, Tengku Amalin Aisyah Putri Pernah Bergelar Majistret

Semenjak mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, YAM Pengiran Muda Abdul Qawi Ibni DYTM Pengiran Hj Mohamed Bolkiah, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Amalin Aisyah Putri dilihat lebih banyak menumpukan masanya terhadap keluarga dan kerjaya. […]

Featured Sat, 29 Apr 2023
Featured Fri, 16 May 2025
Featured Tue, 10 Jan 2023
error: Content is protected !!