Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 5, 2019 @ 3:04pm

Bebas Dari Penjara, Pelakon Kontroversi Indonesia Dapat Banyak Tawaran!

Pelakon kontroversi Indonesia, Vanessa Angel yang kini bebas daripada penjara sudah siap sedia untuk memulakan hidup baharu.

Wanita yang ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas terbabit dalam aktiviti pelacuran atas talian itu dilaporkan menerima banyak tawaran berlakon.

Malah, memetik laporan portal Kompas, Vanessa turut menerima tawaran daripada seorang pengarah terkenal yang berminat mengangkat kisah hidupnya untuk difilemkan.

Sementara itu, selebriti jelita ini turut menerima kontrak eksklusif daripada salah sebuah stesen televisyen digital di Indonesia.

Difahamkan, stesen tv berkenaan berminat untuk menerbitkan sebuah rancangan berkisar kehidupan Vanessa selama di penjara yang berjudul ‘Diary Vanessa’.

Menurut peguambela Vanessa, Milano Lubis, sebaik Vanessa melangkah keluar dari penjara, banyak rezeki sedang menanti.

Vanessa yang ditahan di Rutan Medaeng, Surabaya, Jawa Timur telah pulang ke Jakarta dan menganjurkan kenduri kesyukuran dengan menjemput kenalan rapat serta 20 orang anak yatim piatu ke rumahnya.

Move forward, Vanessa. Semoga terus sukses!

Sumber: Kompas.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 3 Jul 2025
Hiburan Wed, 25 Jul 2018

Selepas Al Mawlid, Lah Ahmad Sertai Raihan?

Tulisnya, “Mungkin berkat recording mereka jugak lah yang melenturkan hati kami yg lain untuk berubah. Apapun memang @raihan evergreen till jannah,”

Hiburan Wed, 14 Feb 2024
Hiburan Wed, 29 May 2019

‘Patutlah Tak Balik Rumah…’- Isteri Cef Fikree Kecewa Suami Skandal Dengan Isteri Orang

Zuriehan berdoa supaya dirinya dan Jayden dilindungi Allah.

Hiburan Sat, 9 Nov 2019

蔡琴一场接一场!2020年6月重返云顶舞台

错过了今年六月在云顶云星剧场举办的《2019有琴有艺》蔡琴演唱会的歌迷朋友,好消息来啦!

error: Content is protected !!