Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas July 11, 2019 @ 12:00pm

Susut 17 KG Demi Comeback, Dazrin Dah Ready Guys!

Rasanya dah lama kita tak nampak pelakon Dazrin Kamaruddin muncul di kaca televisyen.

Dazreen ketika ditemui Xtra pada majlis minuman petang bersama Puan Sri Nisa Bakri semalam nampak banyak perubahan terutama dari segi bentuk badan.

Katanya, dia mengalami penurunan berat badan sebanyak 17 kilogram selepas beberapa bulan mengamalkan gaya hidup sihat.

“Oleh kerana saya nak buat comeback, saya perlu lakukan sesuatu. Saya sedar dengan lambakan ramai pelakon baru, saya tidak boleh abaikan penampilan.

“Baru-baru ini saya ‘dirisik’ oleh pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam untuk berlakon dalam dramanya.

“Walaupun masih belum ada kata putus, saya mengambil inisiatif untuk lakukan sesuatu agar tampil menarik di tv,” katanya optimis.

Sementara itu, pelakon berusia 31 tahun ini memaklukan dia sudah bersedia kembali aktif dalam dunia seni.

“Ramai produser bertanya sebelum ini sama ada saya masih ada masa untuk berlakon atau tidak. Kalau sebelum ini saya sibuk dengan keluarga dan perniagaan, sekarang saya dah bersedia merancakkan jadual seni.

“InshaAllah kalau ada peluang saya teringin mengarah drama pula. Skrip sudah ada cuma tunggu peluang dan masa sesuai. Doakanlah,”akhiri suami kepada Nur Fazuli Razali ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 21 Mar 2026

“Tahun Ni Hawra Balik Kelantan” – Kamal Adli Kongsi Perasaan Pertama Kali Beraya ‘Single’, Persiapan Raya Hanya Untuk Anak

Pelakon Kamal Adli mengakui sambutan Aidilfitri tahun ini bakal terasa sedikit berbeza apabila di berkemungkinan besar tidak dapat beraya  bersama anaknya, Hawra.

Hiburan Mon, 3 Sep 2018

Fans Spotted Something Wrong with BTS’ V and They’re Worried AF

Especially since this is happening just before their world tour.

Hiburan Thu, 8 Sep 2022

“Cinta Kami Masih Utuh!” – Azri Iskandar, Azra Diera Kahwin Cuti Sekolah Hujung Tahun

Siapa yang kata hubungan mereka goyah ni? Semoga dipermudahkan urusan berkahwin nanti..

Hiburan Sun, 5 May 2019
Hiburan Fri, 27 Aug 2021

Penyanyi Filipina Clara Benin Tampil Dengan Single Suara Hati

Penyanyi Filipina, Clara Benin telah melancarkan lagu terbaru berjudul Suara Hati. Lagu ini adalah terjemahan daripada single asal nyanyiannya sendiri, Tila dalam Bahasa Filipina yang dilancarkan pada tahun 2015. Sebagai inisiatif OFFMUTE dalam mengukuhkan nama […]

Featured Tue, 5 Jul 2022
Contest Fri, 4 Oct 2019
Featured Wed, 15 May 2024
error: Content is protected !!