Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal July 12, 2019 @ 1:00pm

Dakwaan Fitnah, Siti Kassim Kena Saman RM2 Juta!

Pendakwah Islam, Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan saman sebanyak RM2 juta ke atas peguam dan aktivis sosial, Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim pada Jumaat.

Dalam laman sosial Facebook peribadinya, Firdaus berkata, saman fitnah ke atas Siti Kasim dibuat kerana peguam kontroversi itu telah memfitnahnya dalam laman media sosial sama sebelum ini.

“Ini bukan saman kerana Puan Siti mencabar saya berdebat dan kemudian… ini saman fitnah kedua saya selepas Arunakiri Nathan yang memfitnah saya sebelum ini.

“Insya-Allah ini bukan yang terakhir, minggu depan seorang lagi yang berprofil tinggi juga akan disaman.

“Atas nasihat peguam, saman fitnah RM2 juta difailkan terhadap Puan Siti Zabedah Kasim atas kenyataannya dalam Facebook yang berbaur fitnah terhadap saya. Cukuplah selama ini mereka bebas bercakap dan berbuat sesuka hati tanpa ada tindakan undang-undang.

“Zaman kita berdiam diri dan diserang bertubi-tubi sudah berakhir. Kita perlu serang dengan ilmiah serta tindakan undang-undang. Doakan kemenangan kita semua. Semoga ada kebaikan daripada saman ini dan keharmonian negara berdasarkan Rukun Negara serta nilai ketimuran terus terjaga,” kata Firdaus dalam entri yang dimuat naik awal pagi Jumaat.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 6 Jan 2020
Featured Sat, 15 Sep 2018

Tengku Permaisuri Selangor Zahirkan Perasaan Dukacita Insiden Zalimi Haiwan

Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman mahu dua suspek membunuh kucing mendapat hukuman yang setimpal.

Featured Wed, 2 Nov 2022

Sering Berpenampilan Pelik, Kali Ini Fesyen Elegan & Ringkas DSV Raih Perhatian

Sering Berpenampilan Pelik, Kali Ini Fesyen Elegan & Ringkas DSV Raih Perhatian Usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV) sering menjadi perhatian warganet kerana sering tampil dengan fesyen yang unik dan berani, malah ada yang melabelkan […]

Hiburan Mon, 13 Mar 2023
Hiburan Thu, 17 Oct 2024

Adira Suhaimi Tepis Dakwaan Tinggal Sebumbung Dengan Datuk Red

Aiyo takkanlah Adira nak buat macam tu…

familuv Thu, 19 Jan 2023

[VIDEO] Kunci Tertinggal Dalam Rumah, Fizz Fairuz & Keluarga Tersadai! – “Bersila Dah, Tinggal Ada Cekodok…”

Pelakon Datuk Fizz dan isteri, Datin Almy Nadia bersama anak-anaknya ‘tersadai’ di luar akibat kunci pintu tertinggal di dalam rumah. Menerusi hantaran di Instagram, pelakon filem Munafik itu sedang merakam setiap ahli keluarganya yang duduk […]

error: Content is protected !!