Suami Ditahan Tentera Israel, Yatt Hamzah Mohon Doa Orang Ramai
Pelakon Yatt Hamzah meluahkan kesedihan apabila suaminya, Mohammad Zulfadhli Khiruddin dan beberapa rakan artis terkandas selepas ditahan tentera Israel di pintu Rafah, Mesir malam tadi.
Menerusi Instagram miliknya, Yatt berkata, suaminya yang juga Pengarah Media Majlis Perundangan Islam Malaysia (MAPIM), Heliza Helmi dan adik, Hazwani Helmi gagal keluar dari kawasan berkenaan.
“Suami saya & delegasinya tidak dapat pulang ke Malaysia malam ini, ditahan oleh tentera MESIR dan terkandas di pintu Rafah Mesir, sempadan Gaza.
“Mohon doa semua yang membaca ini mendoakan keselamatan delegasi Malaysia, untuk misi #wakeupforGaza yang digerakkan oleh #MAPIM@mapimofficial yang sedang di pintu Rafah, MESIR agar diberi kemudahan dan dijauhkan dari segala mudarat.”tulisnya.
Berikutan penahanan itu katanya, mereka terpaksa bermalam di kawasan terbabit malah terlepas penerbangan untuk pulang ke tanah air.
“Saya pernah merasai dan mengalami sendiri perkara yang sama, ditahan berpuluh jam di pintu keluar masuk Rafah pada tahun 2013. Memang sangat mencabar dan menduga kesabaran,” katanya.
Sebelum ini Mohammad Zulfadhli, Heliza, Hazwani, kakitangan MAPIM dan pengamal media menyertai misi kemanusiaan #wakeupforGaza bagi membantu rakyat Palestin pada 8 Julai lalu.
Yatt memohon semua rakyat Malaysia mendoakan pasukan misi kemanusiaan #wakeupforGaza ini pulang dengan selamat dan jauh dari segala mudarat.
Ramai yang kata warna Inai Neelofa ni macam tersepit pintu, ada juga yang bancuh tapi tak jadi. Apapun spekulasi, ni tuan badan dah tampil bersuara. Moga semua jelas
Pergerakan rentas negeri akan bermula dalam beberapa hari lagi, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Tan Sri Dr Noor Hisham mengumumkan perkara itu menerusi laman Twitter beliau. “Dalam tempoh beberapa hari […]
Biduanita Negara, Siti Nurhaliza mencuri perhatian ramai apabila tampil membalas komen seorang wanita yang meminta orang ramai mendoakannya dikurniakan zuriat selepas menanti selama 10 tahun. Menerusi perkongsian di platform Threads, Siti atau nama penuhnya Datuk […]