Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 14, 2024 @ 1:50pm

[VIDEO] “Penting Jaga Tutur Kata” – Linda Onn Tak Setuju Penggunaan Bahasa ‘Rojak’ Penyampai Radio Masa Kini

Bekas penyampai radio popular, Linda Onn menyatakan pendapat peribadinya mengenai adab dan etika penyampai radio yang menggunakan ‘bahasa rojak’ ketika ‘on air’.

Menerusi sebuah podcast ‘You Syu’d Know’, Linda atau nama lengkapnya, Rozlindah Onn, 47, kurang bersetuju dengan penggunaan bahasa oleh penyampai radio masa kini.

“Saya tak setuju dengan adab dan etika bahasa digunakan dalam radio. Kalau nak kata saya tak setuju pelawak menjadi penyampai radio, tidak juga sebab kata mereka pendengar mahukan itu.

“Saya tak berhak untuk memberi pandangan dalam hal tersebut sebab saya juga sama sebaris dengan mereka sebagai penyampai radio. Cuma saya concern tentang penggunaan bahasa,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Linda yang memenangi penyampai radio wanita popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) sebanyak enam kali ini berkongsi dia pernah dimarahi oleh pihak atasan akibat mencampuradukkan bahasa.

“Dulu kalau saya cakap Bahasa Melayu tapi dalam masa sama campuradukkan Bahasa Inggeris, bos saya terus telefon jerit-jerit. Lepas marah kena email, jumpa dia pula lagi.

“Sebab tu bahasa kita jaga. Boss saya kata ‘ingat, jangan ada aku, korang, diorang, no engkau! Kena ingat pendengar kita ni boleh jadi Perdana Menteri’.

“Itu pentingnya jaga tutur kata kita. Penggunaan bahasa sekarang dalam radio itu yang tak dapat nak dijaga atau dikawal,” katanya.

@yousyudknow

@Linda Onn tak berapa setuju dengan adab dan etika bahasa di gunakan dalam Radio pada zaman sekarang. #yousyudknow #podcast #tvhost #radiodj #radioannouncer #emcee #bahasa #adab #etikabahasa #lindaonn #host #radio

♬ original sound – You Syu’D Know – You Syu’D Know

Dalam pada itu, menerusi hantaran di Instagram miliknya, Linda Onn menegaskan podcast tersebut dirakaman pada malam Merdeka dan tiada ada kena mengena dengan mana-mana pihak atau isu yang sedang hangat diperkatakan.

Linda Onn

Artikel berkaitan: [VIDEO] Walau Kualiti Camera 3GP, Ramai Terubat Rindu Dengar Linda Onn Jadi DJ Di TikTok Live – “Segment Petang, Nama Radio Ni L.O FM”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Jul 2018

Nabila Huda Terpaksa Tinggalkan Suami?

Abil berasa sedikit lega apabila suaminya, Mohd Izwan Johar atau dipanggil Bert ini merestui pemergiannya apatah lagi demi memenuhi kerjaya sebagai seorang anak seni

Featured Wed, 7 Aug 2024

Statement ‘Ini Mungkin Abah Punya Last Tengok Badminton Olimpik’ Undang Sebak, Ramai Doakan Ayah Dayah Bakar Terus Sihat

Allahu, sebaknya! Moga ayah dan seluruh keluarga Dayah dikurniakan kesihatan berkekalanđŸ˜„â€ïž

Hiburan Fri, 22 Jun 2018

Betul Ke Haqiem Rusli Perasan Diri Bagus?

Haqiem Rusli dikecam oleh netizen kerana perasan bagus namun dia menyuarakan pendapatnya.

Hiburan Thu, 22 Jan 2026

Puteri Balqis Dalam Fasa Bahagia, Sifatkan Tunang Sebagai Pelengkap Hidup

Puteri Balqis sifatkan kehadiran tunangnya melengkapi hidup

Featured Tue, 11 Nov 2025

“Bila Saya Kata Busy Cari Nafkah, Tolong Faham” – Raf Yaakob Terbuka, Izin Pasangan Akses Telefon 24 Jam

Jelas Raf, sikap terbuka itu bukan sekadar untuk menunjukkan kejujuran, tetapi cara untuk membina kepercayaan dalam hubungan.

Hiburan Thu, 12 Jun 2025

2 Lagu ‘Tersembunyi’ Ejen Ali The Movie 2 Raih Perhatian, Nostalgia & Chill Vibes Menawan Pendengar!

Dua OST tersembunyi EATM2, ‘Some Other Day’ & ‘Hanya Kamu – Omar K & Raja Recode’ kini curi perhatian!

error: Content is protected !!