Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal July 20, 2019 @ 3:00pm

Peguam Sahkan Rihana Oksana Sudah Cerai

Peguam kepada Sultan Muhammad V, Koh Tien Hua hari ini membuat pengesahan mengenai cerai talak tiga Sultan Kelantan ke atas Ratu Cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko.

Menurut Tien Hua, firma guamannya sudah menghantar surat cerai talak tiga terbabit kepada pihak peguam Rihana.

Pengesahan terbaru itu sekali gus menjawab pelbagai teka-teki melibatkan status perkahwinan Sultan Muhammad V dengan Rihana.

“Kami ialah peguam untuk Sultan Muhammad V. Dimaklumkan bahawa baginda telah bercerai talak tiga dengan Rihana Oxana Gorbatenko pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang Syariah dan Mahkamah Syariah Kelantan telah mengeluarkan Surat Perakuan Perceraian pada 1 Julai 2019 mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002.

“Kami juga memohon semua pihak menghormati privasi baginda,” katanya melalui firma guaman Eversheds Harry Elias LLP yang berpangkalan di Singapura.

Spekulasi penceraian Sultan Muhammad V dengan Rihana bermula selepas sijil penceraian yang dilengkapi dengan nombor siri tersebar.

Bagaimanapun Rihana pagi tadi memaklumkan kepada sebuah portal berita bahawa secara peribadi dia tidak pernah mendengar sebarang talak dijatuhkan secara bersemuka dengan dirinya. -Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 2 Dec 2022

Netizen Kata Lelaki Meroyan Is Real! Adam Shahz Dedah Sudah Hilang Sabar, Dakwa Fatin Afeefa Menipu

Isu rumah tangga diantara pelakon Adam Shahz dan Fatin Afeefa nampaknya masih tidak menemui titik noktah apabila baru-baru ini Adam mendedahkan dia sudah hilang sabar dan tegas dalam mempertahankan haknya. Menurut Adam Shahz, dia tidak […]

Hiburan Tue, 3 Jun 2025

Aeril Zafrel Bimbang Wawa dan Anak Dijangkiti Penyakit Ain

Aeril Zafrel bimbang Wawa dan Hayla kena penyakit ain selepas viral niaga kek batik

Hiburan Wed, 1 Jan 2020

Jakarta Dilanda Banjir, Yuni Shara Pakai Boot Dalam Rumah

Semoga terus sabar, mungkin ada hikmahnya mbak Yuni!

Featured Wed, 17 May 2023
Featured Mon, 20 Jan 2025
Hiburan Mon, 17 Jun 2019

Cubaan Tukar Jantina, Sajjad Diminta Tampil Buat Permohonan Maaf

Dalam masa 48 jam, Sajjad diminta tampil membuat permohonan maaf…

Hiburan Tue, 9 Jan 2024
error: Content is protected !!