Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal July 8, 2019 @ 2:00pm

Kurus Bukan Sebab Banyak Masalah Tapi…

Tubuhnya yang semakin kurus membuatkan ramai beranggapan, Datin Diana Danielle memendam rasa kerana terlalu bersedih dengan ujian berat yang melanda kehidupannya, baru-baru ini.

Bagaikan cuba menyembunyi kesedihan itu dengan senyuman, isteri kepada Datuk Farid Kamil bagaimanapun, menepis andaian ramai apabila masih teguh meneruskan hidup bersama dua anak yang bergantung harap kepadanya.

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Hanyut pada Festival Filem Malaysia Ke-29 (FFM29) itu berkata, kemelut yang dilaluinya dan suami membuatkan dia semakin kuat berhadapan dengan dugaan.

“Ramai orang cakap saya kurus kerana bersedih. Tetapi, sebenarnya tidak. Apa juga yang berlaku dalam hidup ini perlu dijadikan iktibar.

“Berat badan saya turun disebabkan banyak perkara diuruskan sendiri, terutama membabitkan soal perniagaan. Saya mengusahakan produk kecantikan yang dijual secara atas talian, sejak enam bulan lalu.

“Mulanya, saya hanya suka-suka menghasilkan produk untuk kegunaan sendiri dan kawan-kawan. Tidak sangka pula, produk yang menggunakan jenama Organika itu mendapat permintaan besar hingga saya tidak menang tangan pada Ramadan lalu,” katanya.

Terdahulu, Farid pada 19 Jun lalu, dibenarkan menangguhkan hukuman penjara sembilan bulan, selepas menjalani hukuman selama 35 hari, sejak 15 Mei lalu.

Diana berkata, disebabkan perniagaan itu juga, dia kurang tidur selama berbulan-bulan untuk mencipta formula terbaik supaya diterima ramai.

“Semuanya saya buat sendiri, mujur perniagaan ini diusahakan di rumah. Saya sangat teliti dari segi bau, bungkusan dan pemilihan warna produk. Sepanjang sembilan bulan pertama, saya tidak ambil sebarang tawaran berlakon untuk memberi tumpuan kepada perniagaan,” katanya.

Kali terakhir muncul dengan filem Gol & Gincu Vol 2, tahun lalu, Diana bersyukur ketika berdepan ujian, dia menerima tawaran membintangi drama Ombak Rindu arahan Osman Ali untuk saluran Iflix.

Dalam drama itu, Diana membawakan watak Mila Amylia yang pernah dilakonkan Lisa Surihani, manakala watak Hariz dipegang Remy Ishak dan Izara Aishah menjadi Izzah.

“Ombak Rindu adalah karya yang besar dan dinanti ramai, tetapi kali ini, ia ditampilkan versi baharu. Saya harus mengekalkan karakter Mila yang dibawakan Lisa, namun cabaran kali ini berbeza.

“Mila sudah memiliki anak hasil perkahwinan dengan Hariz, namun suaminya tetap setia dengan Izzah, biarpun perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

“Kebahagiaan rumah tangga Hariz dan Izzah terganggu, namun bukan Mila yang menjadi puncanya. Di situ, berlaku konflik yang menguatkan lagi perjalanan cerita itu,” katanya.

Kredit: Berita Harian Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 Sep 2022

Tular Foto Berada Di Kelab Malam Di TikTok, Netizen Kritik Aedy Ashraf

Fuh Aedyy, mata tu ok tak? 😳 Rancakk betull 🤭 Masih berjiwa muda orang kataa 🤪

Featured Mon, 17 Oct 2022
Featured Thu, 2 Feb 2023

[VIDEO] Muat Naik Foto Noah Sinclair Di IG, Tapi Kelibat Anjing Dalam Rumah BCL Jadi Tumpuan

Terkejut juga tengok ada anjing dalam rumah, dulu bukan kucing ek diorang jaga?

Events Thu, 17 Oct 2019
Hiburan Thu, 13 Feb 2020

Selepas 33 Tahun, Rockers BELANTARA Kembali Demi Peminat Tanah Air!

Sama-sama kita nantikan kemunculan mereka di hadapan peminat yang setia menunggu selama 32 tahun untuk melihat mereka beraksi di depan mata.

Featured Tue, 10 May 2022
Hiburan Fri, 22 Nov 2019

Tiada Lagi Bulan Di Mentor Milenia 2019, Apex Tajuddin Kekal Juara Kali Kedua

Minggu ini mereka akan berduet dengan artis jemputan, jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan protege-protege dan jangan lupa undi ok?

Featured Tue, 14 Sep 2021

Kerajaan Selangor Benarkan Majlis Akad Nikah Mulai Esok

Kerajaan Selangor bersetuju membenarkan pelaksanaan majlis akad nikah bertempat di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Pejabat Agama Islam Daerah dan masjid mulai esok. Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi JAIS, majlis itu boleh dilangsungkan setiap […]

Featured Mon, 15 Sep 2025
error: Content is protected !!