Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal July 26, 2019 @ 5:00pm

Awal Ashaari Akui Anak Ada Bakat

Pengacara dan pelakon popular, Awal Ashaari mengatakan anaknya, Lara Alana sudah mula menunjuk bakat di rumah.

Menurut Awal, Lara selalu menyanyi dan berlakon di rumah, namun dia masih belum bersedia untuk membenarkan anaknya itu berkecimpung dalam industri hiburan.

“Sebenarnya, Lara sudah mula menunjukkan kecenderungan dalam bidang seni, dia dah mula tunjuk bakat di rumah.

“Saya dan Scha (isteri) selalu perhatikan, Lara selalu menyanyi dan berlakon di rumah tapi kalau mahu libatkanya dalam industri hiburan, kami masih belum sedia buat masa ini,” kata Awal.

Sementara itu, Scha menambah, pendidikan harus diutamakan buat anak tunggal mereka itu.

“Memang Lara ada kecenderungan untuk bergelar anak seni, tapi kami harus utamakan perkara penting dahulu.

“Apa-apapun, kami akan utamakan pendidikan yang sempurna untuknya, kemudian barulah kami akan fikirkan tentang penglibatannya dalam industri hiburan,” tambah Scha.

Awal dan Scha berkata demikian ketika ditemui di Anugerah Stail EH! 2019 bertempat di Equatorial Plaza, Kuala Lumpur malam tadi.

Sebanyak 21 kategori dipertandingkan dalam anugerah tersebut dan Scha telah merangkul dua trofi untuk kategori Selebriti Wanita Paling Bergaya dan Anugerah Stail EH!.

Kredit: Gempak Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 24 May 2022

“Hubungi Isteri Saya Pada Waktu Malam Itu Sudah Melampaui Batas” – Caprice Ajak Lelaki Ganggu Isterinya Untuk Bersemuka

Caprice bimbang keselamatan isteri dan keluarga kerana sering diganggu seorang lelaki.

Hiburan Sat, 4 Jan 2020

Kahwin Bulan Ini, Sasha Saidin Bakal Ikut Suami Pindah Luar Negara

Keluarga akan menjadi keutamaan saya nanti…

Events Thu, 30 May 2019

Nak OOTD Dan Selfie Yang Super Cool Raya Ni? Ini 7 Teknologi Hacks Pengguna Huawei P30 Sahaja Boleh Try!

Ketahui beberapa hacks menarik dan Bergaya bersama HUAWEI P30 Pro pada Raya Aidilfitri ini!

Featured Mon, 13 Feb 2023
Hiburan Wed, 12 Dec 2018
Featured Wed, 5 Nov 2025

“Tolong Jangan Serang Mama”- Spacedollah Gesa Netizen Bertenang

Spacrdollah tampil bersuara isu kontroversi tular di media sosial.

error: Content is protected !!