Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal July 8, 2019 @ 10:02am

Myokymia Boleh Ganggu Tumbesaran

Penyakit Myokymia yang kini dihidapi oleh Irfan Wafiy Idham Wazir, 12,  boleh mengganggu tumbesaran murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang itu jika tidak mendapat rawatan sewajarnya, kata seorang pakar perubatan.

Menjelaskan mengenai penyakit Myokymia, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Omar berkata gangguan tumbesaran adalah antara kesan jangka masa panjang selain gangguan emosi kepada kanak-kanak itu disebabkan ketidakupayaan yang dialami ekoran gangguan saraf.

“Penyakit Myokymia bukanlan satu penyakit baharu di negara ini, ia merupakan istilah perubatan untuk penyakit berkaitan gangguan saraf sama ada saraf pusat mahupun saraf lain yang menyebabkan pergerakan otot berlaku tanpa kawalan.

“Contohnya kita mungkin pernah mengalami masalah mata atau otot mula bergerak-gerak atau menggeletar, ini juga boleh dikatakan sebagai penyakit Myokymia disebabkan gangguan sistem dalam otak,” katanya ketika dihubungi 

Dr Zainal berkata ia juga boleh berlaku kepada anggota badan yang lain termasuk kaki dan tangan, bergantung kepada punca gangguan saraf.

Dr Zainal, yang juga merupakan bekas Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang, berkata mengikut jurnal perubatan terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan penyakit Myokymia itu berlaku antaranya ketumbuhan di otak atau saraf-saraf lain selain masalah pengambilan kafein yang berlebihan.

Mengenai kes melibatkan Irfan Wafiy, pakar perubatan itu berkata: “Ia memerlukan ketelitian pakar sepenuhnya untuk melihat sama ada gangguan saraf itu berlaku setempat atau di beberapa tempat pada anggota badan yang lain.

“Ujian darah juga perlu dilakukan untuk melihat jika ada keracunan toksik selain ujian MRI (Pengimejan Resonans Magnetik), CT Scan (pengimbasan tomografi berkomputer),” katanya.

Pakar di Hospital Sultan Ismail sebelum ini dilaporkan telah melakukan pelbagai prosedur termasuk MRI bagi mengenal pasti punca kaki murid Tahun Enam itu menggeletar sebelum dia disahkan positif mengalami penyakit Myokymia setelah dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Sumber : Bernama

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 Aug 2022

Percaya Kaedah Tradisional Punca Kesihatan Ako Mustapha Terjejas

Pastikan dapatkan nasihat pakar dulu ya kalau ada penyakit sebelum cuba perubatan tradisional..

Drama Tue, 22 Jul 2025
Featured Tue, 10 Jan 2023
Trending Tue, 23 Jun 2020

Jumlah Jemaah Haji Adalah Terhad Pada Tahun Ini

Semoga keputusan ini baik-baik sahaja buat semua

Hiburan Sun, 7 Jan 2024

Anak Perempuan Didakwa Sebagai ‘Penyondol’, Ibu Cupcake Aisyah Tampil Pertahankan Diri

Allahu sampai ibu Aisyah pun terbabit sama.. Jangan cepat menghukum guys

Hiburan Sun, 15 Feb 2026

“Karya Komedi Romantik Masih Ada Peminat” – Tam Suhaimi

Tam Suhaimi berkongsi pandangan mengenai genre komedi romantik yang semakin jarang diketengahkan di layar perak.

error: Content is protected !!