Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 17, 2019 @ 10:00pm

Tujuh Tahun Berkahwin,Betty Banafe Kembali Solo…

Meskipun pahit untuk ditelan, pelakon Betty Banafe, akur menerima kenyataan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta sejak tujuh tahun lalu berakhir dengan perpisahan.

Betty, 40, berkata keputusan untuk membawa haluan sendiri sudah diputuskan sejak Mac lalu, namun hanya pada 10 Julai lalu, dia dan bekas suaminya, Bruce Dargus disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru.

“Tujuh tahun hidup bersama, sudah pasti saya berusaha untuk mempertahankan rumah tangga kami. Terlalu pahit menerima kenyataan itu, terutama apabila insan yang paling saya cintai memaklumkan dia sudah tiada perasaan lagi untuk meneruskan perkahwinan ini.

“Saya anggap antara kami sudah tiada jodoh dan persefahaman untuk terus hidup bersama. Soal lain, saya tidak mahu fikir.

“Keputusan ini dibuat secara matang dan demi kebaikan bersama selepas kami berasakan sudah tidak lagi boleh hidup sebumbung. Saya hargai kejujuran bekas suami yang mengakui, sudah tiada lagi perasaan terhadap saya, sekalipun pahit untuk ditelan.

“Masing-masing sudah mencuba untuk mempertahankan cinta kami, tetapi suratan takdir pula menentukan sebaliknya,” kata Betty.

Bagi Betty atau nama penuhnya Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe, bekas suaminya tetap dianggapnya sebagai lelaki yang baik dan bertanggungjawab, selain jujur dalam hubungan.

“Apa juga yang berlaku antara kami, dia tetap bapa yang baik kepada dua anak kami. Itu fakta yang tidak boleh diubah dan saya tidak akan sesekali memisahkan mereka,” katanya.

Tambah Betty, dia kini masih menanti keputusan mahkamah mengenai hak penjagaan dua anak mereka.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2012 itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus dan Bruce Dean Dargus.- BH Online. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 7 Dec 2019

筹备两年新作终见天日!新专辑数位上架张智成妙回:不想被看光

筹备两年新作终见天日,自我挑战乐此不疲;新专辑数位上架张智成妙回:不想这么快被看光光啦!

Hiburan Sun, 19 Apr 2026

“Persaingan Sengit! Beza Markah Sangat Tipis” – Datuk Acis, Ketua Juri AJL40 Separuh Akhir

Pemilihan lagu ke AJL40 bukan semata-mata bergantung pada kekuatan vokal, sebaliknya melihat kepada kualiti keseluruhan karya.

Hiburan Mon, 29 Apr 2019

Che Ta Bantu Peminat Jadi Usahawan Kad Sim Glamour!

Jom tukar ke kad sim lebih glamour yang bakal dijual di pasaran bermula 29 April 2019!

Hiburan Thu, 5 Jul 2018

Setiap Manusia Buat Silap, Beri Saya Peluang Kedua…

Saya bakal bertemu dengan pakar psikiatri di sebuah hospital pada hari Jumaat bagi mengetahui masalah sebenar sama ada menghadapi kemurungan atau pun mengalami masalah lain.

Featured Wed, 5 Jul 2023
error: Content is protected !!