Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 15, 2019 @ 3:35pm

Minta Izin Dulu…Fazura Terkejut Cara Remy Ishak!

“Remy minta kebenaran dalam babak yang memerlukannya untuk menyentuh saya,” puji pelakon Fazura terhadap sikap Remy Ishak ketika menjalani penggambaran Dendam Pontianak.

Akui Fazura, sikap Remy yang menghormati wanita itu wajah dicontohi oleh pelakon lelaki lain juga.

“Saya terkejut ketika dia bertanya begitu kerana tidak semua pelakon melakukan hal yang sama. Cara dia membuatkan saya hormat kepadanya,” katanya ketika ditemui di sidang media Dendam Pontianak, semalam.

Filem terbitan Tiger Tiger Pictures itu mendapat kerjasama Primeworks Studios bakal menghantui pawagam bermula 12 September ini.

Berkongsi pengalaman seram ketika di set, Fazura mengaku ternampak entiti wanita yang berpakaian serupa dengannya ketika di set.

“Bukan saya sahaja yang nampak malah krew produksi lain juga. Ketika itu sekitar jam 3 atau 4 pagi, ‘wanita’ itu memandang ke arah saya dari jauh.

“Pakaiannya juga serupa dengan saya iaitu kebaya putih dengan kain batik,” katanya.

Sementara itu, Fazura bersyukur tidak diganggu selepas tamat penggambaran dan menyifatkan ia sebagai salah satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 Nov 2023
Hiburan Thu, 12 Apr 2018

Bantu Bayi Ekzema, Terima Kasih Nedim

Terima kasih Nedim dan Nora Danish sebab sudi membantu kami. Semoga Allah luaskan rezeki anda sekeluarga. Alhamdulillah, terima kasih Nedim dan Nora Danish!

Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Kenapa Sharifah Sakinah Bengang?

 Tidak salah apa yang diluahkan oleh Sakinah. Asalkan, jangan menyusahkan orang lain kerana salah sendiri. Okay?

Hiburan Mon, 23 Dec 2019
Featured Sat, 31 Jan 2026

Terasa Hati? Azhar Sulaiman Tegur Cara Penyampaian Khairul Aming – “Tak Perlu Spell Out Kenapa Tak Boleh”

Behar mengakui berasa kurang senang dengan gaya percakapan serta pemilihan kata yang digunakan KA

Hiburan Tue, 7 Nov 2017

GEMPAR! KIP BUAT APA DI ARGENTINA

Siapa yang tidak kenal dengan “Super KIP” negara kan? Di awal usia 19 tahun , Khairul Idham Pawi atau “Super KIP” ini telah melakar sejarah dalam dunia permotoran Negara apabila muncul sebagai juara ketika perlumbaan di Argentina baru-baru ini.

error: Content is protected !!