Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal August 23, 2019 @ 10:06am

Kenapa Kongsi Gambar Jalur Gemilang Terbalik

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan gambar atau video dengan paparan Jalur Gemilang yang dinaikkan secara terbalik, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ia susulan pemerhatian agensi itu yang mendapati terdapat penularan gambar dan video berkaitan, sedangkan ada antara insiden berkenaan yang tidak disengajakan atau telah lama berlaku.

“Walaubagaimanapun, MCMC tidak menolak kemungkinan bahawa ada pihak-pihak tertentu yang mengubahsuai gambar-gambar berkenaan untuk agenda jahat mereka,” menurut MCMC menerusi portal Sebenarnya.my hari ini.

Sehubungan itu, MCMC menasihatkan kepada pengguna media sosial, untuk tidak menyebarkan gambar-gambar sedemikian, yang boleh menyemai kebencian dan kemarahan orang awam.

MCMC turut menasihati pengguna internet untuk meningkatkan kawalan kendiri ketika mengakses internet dan tidak menggunakan platform berkenaan untuk menyebarkan kandungan-kandungan palsu, jelik, dan menghina yang boleh mengundang kemarahan serta menjejaskan ketenteraman awam.- BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 7 May 2021

Jom Daftar Jaringan Prihatin B40: Subsidi RM 180/ RM 300 Untuk Data & Peranti Anda

Baru baru ini,  Kerajaan telah memperkenalkan Program Jaringan Prihatin yang melibatkan melibatkan bantuan sejumlah RM180 seorang dan diperuntukkan untuk 8 juta penerima dari golongan B40 untuk kegunaan berkaitan telekomunikasi. Bantuan kredit ini boleh digunakan untuk belanja […]

Trending Thu, 5 Nov 2020

SOP Rentas Negeri, Daerah Bakal Diperketatkan

Adakah ini seperti memberi bayangan….

Trending Thu, 25 Aug 2022

Konsert Terakhir Sebelum Pembedahan, Zamani Tak Raih Simpati

Penyanyi popular, Zamani, 51, memberitahu dia bukanlah mahu meraih simpati peminat malah berusaha mencari dana sendiri sebagai ikhtiar membiayai kos pembedahan penyakit skoliosis (tulang belakang bengkok) yang dihidapinya. Bakal mengadakan Konsert Doa Buat Zamani Unplugged […]

Featured Thu, 25 Sep 2025

“Kalau Kita Terlalu Baik Orang Akan Ulang Kesalahan Sama”- Nabila Razali

Rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan yang diberikan Nabila Razali.

Cahaya Mata Fri, 12 May 2023
Featured Mon, 2 Mar 2026

“Negara Ini Ditadbir Undang-Undang Bukan Emosi & Spekulasi” – PM Tegas Ulas Isu Insiden Individu Pijak Al-Quran

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan tidak boleh bertindak berdasarkan kemarahan terutama dalam menangani isu sensitif membabitkan penghinaan agama

error: Content is protected !!