Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 September 1, 2019 @ 11:50pm

Dulu panggil ‘Kakak’, Sekarang Dah Jadi Isteri

Sesiapa yang mengikuti laman instagram @ardellaryana dan @nadzmiadhwa pasti tau betapa akrabnya mereka. Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Ardell mengenali Nadzmi  selama 8 tahun yang lalu tetapi mula rapat sejak mereka berlakon bersama-sama di dalam drama ‘Namaku Bedah’ pada tahun 2015.  

Terbaru ini mereka digandingkan lagi di dalam drama ‘Jodoh Whatsapp’ yang ditayangkan di TV3. Selain menjadi rakan kongsi di dalam bisnes tudung mereka yang dinamakan ‘AlwadellHijab’ tahun lepas, Ardell juga muncul dalam klip video muzik Nadzmi atau nama penuhnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi yang berjudul ‘Wanitaku’ yang berkisar tentang persahabatan mereka dan ianya telah menjadi bualan hangat netizen yang memang dari dulu dapat merasakan mereka sebenarnya lebih dari sahabat karib.

 

Gandingan Nadzmi dan Ardell sebagai Along dan Angah dalam drama ‘Jodoh Whatsapp’

Tapi kalau dah jodoh memang tak ke mana….dahulu Nadzmi memanggil Ardell ‘kakak’ tapi nampaknya selepas ini giliran Ardell untuk menukar gelaran Nadzmi kepada ‘Abang’ apabila mereka telah bernikah di rumah kediaman keluarga Ardell pada jam  5.31 petang tadi. Dengan sekali lafaz, Ardell telah ‘sah’ menjadi milik Nadzmi di hadapan lebih kurang 500 tetamu yang terdiri dari sahabat handai dan sanak saudara terdekat kedua mempelai dan telah di ijab kabulkan oleh Ustaz Hafiza Hafiz, Imam Masjid Al-Muttaqin Seri Kembangan, Selangor.

 

Di majlis pernikahan itu, Nadzmi telah menyerahkan wang hantaran sebanyak RM300 dan senaskah Quran yang telah diberikan oleh Ardell kepadanya sewaktu bertandang ke rumah Nadzmi di Wangsa Melawati bersama keluarganya. Kedua mempelai juga berbalas dua dulang hantaran di majlis itu.

Kedua-duanya minat bermain bola dan futsal

Nadzmi menyifatkan Ardell sebagai seorang insan yang sangat istimewa dan amat luar biasa.

“Pada saya, dia insan terbaik pernah hadir dalam hidup. Dia sangat luar biasa. Saya belajar banyak benda dengannya.

“Daripada dia tak bertudung, hinggalah sekarang kami kongsi banyak benda dan masalah. Kami juga berkongsi minat sama bermain bola sepak dah futsal.”

 

Perhubungan mereka bukan sahaja mendapat restu peminat dan netizen tetapi ahli keluarga kedua-dua pihak juga merestui perhubungan mereka sejak dahulu lagi. Alhamdullillah, berkat doa semua mereka telah pun selamat menjadi pasangan suami isteri setelah lama mengenali hati budi masing-masing. Mungkin lepas ni dari ‘kau’ dan ‘aku’ boleh lah tukar kepada gelaran ‘abang’ dan ‘sayang’ ye? 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Fri, 1 May 2020

“Maaf, Perjalanan Rentas Negeri Untuk Sambutan Aidilfitri Tidak Dibenarkan” – PM

Jangan bersedih, ini semua untuk kebaikan kita jugak ok?

Trending Wed, 1 Jun 2022

“Kenapa Tak Cakap Melayu?” – Shima Anuar Ditegur Netizen ‘Speaking’ Dengan Anak

Shima balas teguran netizen berkaitan selalu ‘speaking’ dengan anak-anaknya.

Featured Fri, 3 Feb 2023

[VIDEO] Harris Annuar & Asha Merican Bakal Timang Cahaya Mata Pertama – “Mohon Doa Yang Baik-Baik”

Wahh Alhamdulillah 🤩🤩 Tahniah @harrisannuar & isteri, @ashamerican ❤️❤️ Moga dipermudah segalanya ❤️

Hiburan Sun, 20 Oct 2019

“Kalau Nak Buka Aib, Dah Banyak Saya Boleh Ceritakan, Tapi…” – Datin Rebecca Nur Islam

Selepas mendirikan rumahtangga dengan Dato’ Nur Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011, pelakon, Datin Rebecca Nur Islam menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarganya, lebih-lebih lagi selepas mempunyai enam orang cahaya mata, sudah tentu masa banyak diluangkan […]

Hiburan Mon, 19 Feb 2018

BILA KRISDAYANTI TANPA ‘MAKE-UP’!

Diva Indonesia yang lebih mesra disapa KD ini dikatakan rajin melakukan rawatan  untuk memelihara tubuh dan wajah agar sentiasa  kelihatan awet muda, berseri dan sudah tentu lawa. Bahkan isteri kepada jutawan Timor Leste, Raul Lemos ini sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit sebulan semata-mata untuk merawat wajahnya.

error: Content is protected !!