Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal August 24, 2019 @ 8:37am

Berhati-Hati Jika Melancong Ke India Dengan Rokok Elektronik

Kementerian Kesihatan India baru-baru ini dilapor mencadangkan kerajaan supaya mengenakan sekatan pengeluaran dan mengimport produk rokok elektronik seperti vape.

Menurut Daily Mail, cadangan dikeluarkan oleh kementerian tersebut bertujuan untuk mengelakkan amalan menghisap rokok elektronik menjadi epidemik dalam kalangan kanak-kanak di negara berkenaan.

”Rokok elektronik dan produk berkenaan yang menggalakkan penggunaan produk tembakau atau meninggalkan kesan berbahaya kepada orang ramai adalah amat berbahaya kepada kesihatan pengguna aktif dan juga pasif,” kata sumber daripada kementerian.

Kementerian juga mencadangkan kerajaan hukuman denda sehingga RM 29 ribu dan penjara sehingga tiga tahun bagi kesalahan berulang berdasarkan draf undang-undang arahan eksekutif terbaru terbabit.

Manakala kesalahan kali pertama pula bakal berdepan dengan hukuman denda RM 5,850 dan penjara selama setahun.

Sehingga kini media tidak pasti sama ada akan berlaku perubahan terhadap arahan eksekutif yang dikemukakan dan juga tarikh ia dikuatkuasakan.

India dilaporkan mempunyai seramai 106 juta perokok dewasa, dibelakang China, Saiz pengguna yang besar ini menyaksikan India menjadi pasaran menarik bagi syarikat-syarikat pengeluar rokok elektronik untuk bertapak di sana.

Dianggarkan seramai 900,000 orang penduduk negara itu meninggal dunia setiap tahun disebabkan pelbagai penyakit bersangkut dengan penggunaan tembakau.

Sehingga kini, sebanyak 16 negeri di India sudahpun melarang penggunaan rokok elektronik, bagaimanapun masih tiada undang-undang serupa di peringkat persekutuan.

Sumber: Dailymail

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Wed, 5 Sep 2018

做事总是提不起劲?或许你该找朋友聚聚了

生活向来不是件容易的事,太多事情需要考虑、面对,今天就和奥斯一起来看看,目前你的内心状态如何吧!

Fab Foodies! Mon, 1 Apr 2019

Eat More Local Fruits and a Bunch of Delicious Malaysian Dishes at Paya Serai

A special themed Ramdan buffet is what you need to buka puasa to.

LIFESTYLE Wed, 2 Oct 2019

另一半喜欢我什么优点呢?

恋爱中的朋友,总会好奇另一半喜欢你哪样优点,好奇对方怎么会愿意和你在一起。

LIFESTYLE Mon, 17 Sep 2018

The Epic History of Sentul Depot at Sentul West

Rich in history and Instagram-ready spots 😉

LIFESTYLE Fri, 11 Jan 2019

Nestle Malaysia Sahkan Produk KitKat Keluaran Jepun Tak Selamat

Nestle Malaysia Sahkan Produk KitKat Keluaran Jepun Tak Selamat Untuk Orang Islam

LIFESTYLE Wed, 15 Jan 2020

Buang Air Besar Cangkung Atau Duduk, Mana Yang Lebih Baik?

perlu mengambil berat berkenaan dengan posisi anda membuang air besar

LIFESTYLE Sat, 24 Feb 2018

Lelaki Kongsi Cara Pujuk Emosi Isteri

“Dia Taknak Bebankan Suami Tapi Jauh Disudut Hati Dia Sangat Memerlukannya”, Lelaki Kongsi Cara Pujuk Emosi Isteri

LIFESTYLE Sat, 28 Dec 2019

Sendi Boleh Terseliuh Jika Selalu Letupkan Jari Dan Tulang Belakang

cara salah dan keterlaluan yang boleh mendatangkan kesan di lain hari

Fab Foodies! Fri, 14 Dec 2018

蝶豆花茶的神奇功效你知多少?看完后,你就明白了…

爱喝蝶豆花茶?说出来会吓你一跳,并不是它有多不好,而是他的很多功效你都不知道……

Acara Tue, 9 Dec 2025

“Jadi Penyumbang Besar Ekonomi Negara, Program Hospital Pelancongan Jana RM3 Bilion & Tarik 2.5 Juta Pelancong” – Menteri Kesihatan

Tahun 2025 nampaknya memberi ‘boost’ besar buat industri pelancongan kesihatan negara.

error: Content is protected !!