Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida February 12, 2018 @ 7:14am

AJL32 : SYAMEL ‘NERVOUS’ LIHAT PERSEMBAHAN FINALIS LAIN

Gandingan Syamel dan Ernie Zakri menerusi lagu Aku Cinta ternyata memberi tuah kepada pasangan ini apabila tampil sebagai pemenang Vokal Terbaik di malam kemuncak Anugerah Juara Lagu uke 32, malam tadi.

Syameel Aqmal Mohd Fodzly atau lebih dikenali sebagai Syamel menyifatkan kemenangan bersama Ernie sebagai ‘ganjaran’ selepas keduanya telah melakukan yang terbaik! Tak sia-sia kan lepas dah berhempas-pulas dengan latihan, akhirnya…

“Macam tak percaya sebab kalau diikutkan vokal Kak Salma antara yang paling menyerlah. Alhamdulillah, ini dinamakan rezeki,” komennya.

Penyanyi berusia 25 tahun ini turut berkongsi keadaannya sebelum malam kemuncak AJL berlangsung!

“ Kalau nak tahu, saya jarang menyaksikan persembahan penyanyi lain ketika sesi rehearsal. Perasaan cuwak itu akan datang tiba-tiba.

“ Mulalah saya gelabah apabila persembahan tidak ‘mencapai piawaian’ seperti artis lain. Jalan selamat, saya jarang tengok persembahan penyanyi lain ketika sesi latihan,” katanya dalam nada berjenaka.

Ketika ditanya sama ada Syamel akan meneruskan projek duet bersama Ernie lagi selepas ini, Syamel menyatakan kesudiannya jika diizinkan- Nya.

“ Kalau kena dengan waktu sesuai, lagu dan lirik yang bagus, saya dengan tangan terbuka sudi untuk menjadi teman duet Ernie dalam projek akan datang,” akhirinya yang tersipu malu apabila diusik dengan soalan ‘nakal’ media.

Kami di Xtra.com.my mengucapkan Tahniah Syamel & Ernie, you guys did very well, bravo!  

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Apr 2023
Hiburan Mon, 22 Oct 2018

郭晓东欲成立咖啡学院「影视音乐作品明年再说吧!」

郭晓东(小东)与女友Zen俊倩今年2月自创精品咖啡品牌「TAZ STORY」正式推介;日前小东在《咖啡杯测分享会》上道出他下半年计划重心将放在咖啡艺术,欲成立咖啡学院!

Hiburan Wed, 1 Apr 2026

Abby Abadi Bidas Kenyataan Umisya Mazlan, Mohon Jangan Berlebihan Mereka Cerita – “Memang Salah Anak Saya Tapi…”

Abby Abadi tampil membidas kenyataan madu kepada anak perempuannya, Marissa Dania iaitu Umisya Mazlan yang didakwa hanya menokok-nambah cerita. 

Hiburan Wed, 25 Sep 2019

Cinta Sejenis Miley Cyrus Bertahan Hanya 2 Bulan!

Penyanyi Miley Cyrus (26 tahun) menggegarkan Hollywood apabila dia mengumumkan penceraiannya dengan pelakon, Liam Hemsworth awal Ogos lalu, selepas hanya 8 bulan berkahwin. Yang paling menggemparkan? Ura-ura perpisahan itu adalah kerana  dia sedang dilamun cinta […]

Hiburan Thu, 16 Aug 2018

Isu Muflis, Elfira Loy Difitnah?

Hidup ni kena sentiasa berpada-pada kerana ujian tidak pernah hadir pada saat kita diduga. Kadang ia hadir untuk mengajar kita kadang ia hadir untuk menaikkan darjat kita disisi-Nya.

Hiburan Wed, 15 Apr 2026

AJL40 Separuh Akhir Bakal Bermula, 20 Karya Rebut Tiket Ke Pentas Akhir… Berapa Lagu Akan Layak?

Anugerah Juara Lagu ke-40 Separuh Akhir kini bersedia menyaksikan persaingan sengit antara 20 karya terbaik.

Hiburan Thu, 27 Apr 2023
error: Content is protected !!