Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal August 13, 2019 @ 11:49am

Isteri Hamil Maut Direnjat Ketika Mandi & Suami Pula …

Malang tidak berbau. Sepasang suami isteri ditemui maut di kediaman mereka akibat terkena renjatan eletrik di bilik air.

Dalam kejadian menyayat hati di Daerah Longgang, Shenzhen, China, mangsa wanita yang hamil dikatakan sedang mandi sewaktu terkena renjatan eletrik secara tiba-tiba.

Suaminya yang cuba untuk membantu juga menemui ajal kerana turut terkena renjatan eletrik tersebut akibat tidak memakai selipar.

Kejadian malang itu disedari apabila pasangan tersebut tidak datang bekerja pada 9 Ogos, Jumaat, malah panggilan telefon mereka juga tidak dijawab.

Abang kepada mangsa lelaki yang bekerja di tempat yang sama mengambil keputusan untuk pergi ke rumah pasangan itu. Panggilan dan ketukan pintu yang tidak disahut menyebabkan dia memanjat masuk ke rumah melalui tingkap.

Alangkah terkejutnya, apabila dia mendapati adiknya terbaring di luar bilik mandi manakala adik iparnya berada di dalam bilik mandi tersebut.

Siasatan awal polis mendapati bahawa kematian pasangan itu disebabkan oleh kejutan elektrik. Si isteri disyaki terkena renjatan eletrik terlebih dahulu sebelum disedari oleh si suami yang cuba membantu.

Menurut rakan pasangan itu, kedua-dua mangsa berusia lingkungan 30-an dan berasal dari Hunan. Mereka mempunyai anak perempuan berusia dua tahun yang ditinggalkan di kampung halamannya dan isterinya sedang mengandungkan anak kedua.

Menurut seorang jiran kepada pasangan itu, malam sebelum kejadian dia merasakan terdapat kejutan elektrik di pintu bangunan. Malah, dia turut mendengar suara tangisan meminta tolong dari jam 8 hingga 9 malam tetapi menyangka suara tersebut datang dari televisyen.

Sumber : orientaldaily

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 9 Aug 2024
Featured Tue, 9 Jun 2026

“Yang Baik Kita Ambil, Yang Buruk Ketepikan” – Iman Troye Harap Netizen Henti Hukum ‘Content Creator’

Iman mengakui, setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan dan ia adalah proses pembelajaran.

error: Content is protected !!