Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida February 12, 2018 @ 12:08pm

IMPAK JAMPI SANGAT BESAR – AZMEER

JAMPI menakluki segenap ruang pelusuk Malaysia, impak kejayaanya cukup besar, demikian komen Ketua Juri Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL 32) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.

Tambahnya lagi, faktor populariti turut memainkan peranan dalam mengangkat lagu JAMPI sebagai juara.

“ Awak pergilah ke mana pun, tanyalah siapa pun, sedangkan budak usianya 10 tahun pun mampu menyanyikan lagu ini dengan lancar. Itulah kehebatan atau penangan lagu ini,” ujarnya ketika menjawab soalan media mengenai faktor kemenangan JAMPI.

Azmeer memberitahu perbezaan markah antara tempat pertama dan kedua tidak begitu jauh.

” Apa yang boleh saya katakan, tiga lagu yang berjaya pada malam ini jurang markahnya hanya kurang daripada empat. Saya tidak boleh memberitahu angka tepat,” katanya lagi.

Azmeer berkata kesemua 10 juri yang mengadili karya berkenaan bersetuju dan sepakat memilih lagu ciptaan Hael dan Ezra Kong itu tanpa pertikaian untuk memenangi AJL32.

” Tiada perbalahan dalam memilih pemenang dan semua juri juga setuju pilih lagu JAMPI sebagai juara dan juga lagu-lagu lain.

” Selain impak, melodi dan susunan lagu yang indah turut membantu JAMPI bergelar juara,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 23 Aug 2022
Hiburan Fri, 9 Nov 2018

Jom Tanya Ustaz, Apa Hukum Guna Wifi Tanpa Izin?

WIFI dan manusia, berpisah tiada…ada yang boleh bertahan tanpa WIFI tak untuk seminggu?

Hiburan Tue, 19 Nov 2019
Events Fri, 15 Aug 2025
Featured Sat, 23 Apr 2022

JPN Sedia Bantu Isu Anak Halim Othman Berbinti ‘Abdullah’

Alhamdulillah.. Myra bersyukur namun tidak mahu emosi orang sekeliling terganggu..

Events Fri, 25 Mar 2022
Events Tue, 13 Aug 2019

Selepas Sabah, Ujibakat Mentor Milenia Kini Di Kuala Lumpur!

Korang yang confident boleh menyanyi dan mempunyai bakat tu, bolehlah datang ke sesi ujibakat Mentor Milenia nanti!

Featured Tue, 11 Apr 2023

[VIDEO] Mesra Santuni Keluarga Mentua, Netizen Sepakat Fazura Wajar Jadi Isteri Contoh – “Susah Dapat Menantu Ikhlas…”

Alhamdulillah ❤️❤️ Tak semuanya diberi peluang untuk merasai kasih sayang ibu mentua. Untung Faz

error: Content is protected !!