Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 September 16, 2019 @ 1:15pm

Swafoto di Makam? Anggun Kecewa!

Kecewa….itulah perasaan penyanyi Indonesia, Anggun apabila melihat segelintir rakyat Indonesia yang seperti lupa adab apabila melawat kubur bekas Presiden Indonesia Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie.

 

Bayangkan keadaan di kubur bekas presiden itu apabila terdapat individu-individu yang berebut-rebut untuk mengambil gambar bersama batu nisan termasuklah berswafoto di kawasan makam tersebut. 

 

“Melihat foto ini saya rasa sangat sangat sedih. Mungkin sudah sampai waktunya untuk kita mendidik ‘Generasi Selfie’ yang seharusnya belajar menilai situasi dan melihat konteks terlebih dahulu. Ada masanya kita boleh selfie dan ada masanya tidak.  Ada banyak hal yang boleh kita muatnaik tetapi banyak juga yang tidak perlu.” ujar Anggun dalam entri instagramnya. 

 

 

Manakah adab kita apabila melawat kawasan perkuburan? Sesungguhnya mati itu perlu menginsafkan, bukan menjadi ‘opportunis’ dan mengambil peluang berswafoto hanya kerana kita rasa ia sesuatu yang mengujakan untuk dimuatnaik dan mengambil kesempatan untuk meraih ‘likes’ dari ‘followers’.  

 

Walaupun anaknya, Thareq Kemal Habibie mengatakan dia tidak keberatan apabila pusara bapanya menjadi sasaran orang ramai mengambil swafoto, Menteri Sosial Indonesia, Agus Gumiwang Kartasasmita telah mengambil inisiatif untuk meletakkan pasukan pengaman untuk menjaga kawasan makam tersebut untuk mengelak apa-apa kejadian yang tidak diingini daripada berlaku. Bekas presiden ke-3 Indonesia ini meninggal pada hari Rabu lalu akibat komplikasi masalah jantung pada usia 83 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 4 Mar 2022
Hiburan Sat, 20 Sep 2025

Setahun Selepas Kehilangan Ibu, Khai Bahar Sekali Lagi Diuji Pemergian Bapa Tercinta Akibat Komplikasi Penyakit

Bapa Khai Bahar meninggal dunia akibat komplikasi penyakit kencing manis, strok dan buah pinggang

Hiburan Mon, 12 Mar 2018

苏打绿解散风波爆内幕「家凯技术跟不上」

金曲乐团苏打绿2017年初开始休团3年,团员各自有工作计画,但6日爆出主唱青峰将单飞,团体可能会解散,虽经纪人林暐哲否认解散,但12日传出有内幕,乐团界爆料电吉他手家凯技术达不到经纪人要求,因此有意让青峰单飞,最后演变成解散传闻。

Featured Mon, 11 Aug 2025
Featured Fri, 6 Mar 2026

Karl Shafek Sebak Kuah Kacang ‘Sold Out’ Dalam Masa 5 Minit, Sempat Titip Penghargaan Buat Siti Nurhaliza – “Saya Terasa Seolah-Olah Diberi Sayap Kecil Untuk Terbang”

Pelakon dan pengacara yang kini bergelar usahawan, Karl Shafek mengejutkan ramai pihak apabila dia gagal menahan sebak selepas produk kuah kacangnya habis terjual kurang daripada lima minit.

Featured Fri, 11 Jul 2025
Hiburan Sun, 4 Mar 2018

Kekasih Hadiahkan Elvina Kuda Argentina

Kuda yang diberi nama Indiana baka Argentina pemberian untuk bakal suri hati Elvina

Hiburan Thu, 2 Jan 2020
error: Content is protected !!