Euforia Bola 2026
Hiburan By: Ad Ops September 17, 2019 @ 6:02pm

Kenapa Zimi Keluar Dari Akim & The Majistret Pulak Ni?

Komposer Zimi atau nama sebenarnya Zarimi Zahari, 35 telah  mengumumkan pengunduran diri beliau dari kumpulan Akim & The Majistret (ATM) sejak tiga minggu yang lalu. 

Keputusan itu dibuat kerana tiada lagi persefahaman antara satu sama lain dan ideologi yang berbeza diantara ahli kumpulan.

Zimi berkata, beliau tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak kerana keputusan yang dibuat adalah untuk mempertahankan dirinya.

“Saya taknak biarkan perkara ini melarat dan jalan terbaik untuk saya adalah undurkan diri,” kata Zimi.

Tambahnya, apa yang berlaku biarlah mereka sahaja yang tahu kerana isu tersebut terlalu peribadi untuk dikongsi.

Mengakui berasa sedih dan kecewa apabila perlu meninggalkan kumpulan ini, Zimi berkata “Yang Satu” merupakan karya terakhir beliau bersama ATM.

 

 

Bagaimanapun, Zimi tidak menolak untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja serta bersedia menerbitkan lagu untuk orang lain.

Selain Zimi, seorang lagi anggota ATM yang keluar ialah Rajwan sebagai Digital dram sementara Afiez  pemain Keyboard yang berstatus tidak aktif.

Apa-apapun kita doakan yang terbaik sahaja untuk mereka ok!

 

Ditulis Oleh  : Dina Azmi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Sep 2025
Hiburan Mon, 5 Jan 2026
Featured Fri, 23 Jan 2026

Kenyataan S*ksi Tapi Tak Minum Arak Atau Menyund*l, Netizen Kecam Nadia Annuar

Sebahagian netizen berpendapat, berpakaian seksi adalah dilarang dalam ajaran Islam dan meninggalkan perkara yang ditegah merupakan sebahagian daripada tuntutan agama.

Hiburan Thu, 27 Sep 2018
LIFESTYLE Sun, 20 Jan 2019

Penyakit Resdung Kulat, Apakah Itu?

Pernah Dengar Penyakit Resdung Kulat? Ini Penerangan Doktor Pakar Untuk Siapa Yang Belum Tahu

Hiburan Thu, 20 Sep 2018

“I Ate Cup Noodles for a Year…” – Nam Joo Hyuk Shares Difficult Past

It’s shocking that this prince-like man went through such hardship.

error: Content is protected !!