Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 17, 2022 @ 3:29pm

#SeoulSaranghae: Twenty Five Twenty One Terus Ungguli Rating, Pengarah Puji Lakonan Kim Tae Ri & Nam Joo Hyuk

Drama bersiri popular Korea, Twenty Five Twenty One terus meraih rating tertinggi penilaian impak kandungan (CPI) yang dikeluarkan oleh CJ Entertainment sejak ditayangkan pada 12 Februari lalu.

Bahkan, tayangannya yang kini sudah memasuki episod 10 mendapat respon positif daripada penonton dan pengarahnya, Jung Ji Hyun.

Menurutnya, pemilihan gandingan pelakon utama Kim Tae Ri (Na Hee Do) dan Nam Joo Hyuk (Baek Yi Jin) disifatkan sebagai menepati sasaran apabila watak yang dibawakan kedua-dua pelakon ini disenangi peminat.

Bukan itu sahaja, tahap keserasian kedua-dua pelakon dalam membawakan watak serta sikap kerjasama yang ditunjukkan begitu menyenangkan.

“Saya rasa saya melihat sahaja kepada nama pelakon iaitu Nam Joo Hyuk dan Kim Tae Ri itu sudah cukup memberikan kelebihan.

‘Saya sangat suka emosi yang ditunjukkan mereka. Segala tafsiran terhadap skrip dan emosi yang diberikan berjaya dijiwai dengan baik. Bahkan kedua-duanya cukup bersedia sehingga saya sendiri yang menerima idea daripada mereka.

“Secara jujurnya, mereka banyak membantu saya ketika penggambaran berlangsung,” katanya.

Bagaimanapun, bakal memasuki episod 11 drama ini terus menjadi pilihan peminat setianya sehingga ramai yang kini berteka-teki apakah sebenarnya yang terjadi terhadap Na Hee Do dan Baek Yi Jin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 7 Feb 2024
Featured Mon, 13 Apr 2020
Hiburan Tue, 13 Mar 2018

Siti Sarah Berhijab Diejek Netizen?

Gambar yang menunjukkan Siti Sarah memakai hijab sambil memangku anaknya itu rata-rata mengundang pelbagai komen dari netizen dan followers Shuib yang menegur bahawa dahi Siti Sarah kelihatan agak luas apabila memakai hijab

Hiburan Thu, 5 Sep 2024
Hiburan Wed, 11 Oct 2023
Featured Fri, 10 Jan 2020
Featured Fri, 1 Jul 2022

“Selama Ini Saya Menangis Dekat Awak..” – Neelofa Tempat Luahan Hati Puteri Sarah, Banyak Kongsi Doa & Nasihat 

Neelofa memuji keperibadian Puteri Sarah yang masih menjaga aib suami meski sakit menanggung derita 😭

error: Content is protected !!