Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal September 18, 2019 @ 4:13pm

Berhati-hati Kerana Harimau Kumbang Masih Lagi Berkeliaran

Harimau kumbang yang dilapor berkeliaran di Taman Harmoni dekat Al Muktafi Billah Shah, Dungun sejak dua minggu lepas masih berkeliaran dan belum berjaya ditangkap.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu Dr Abdul Malik Mohd Yusuf berkata pihaknya telah memasang perangkap harimau di sekitar kawasan itu semalam dan terus melakukan pemantauan.

“Selagi harimau itu belum masuk perangkap, kita nasihatkan penduduk terus berhati-hati dengan pergerakan mereka serta mengelak berada di luar rumah sekiranya tiada perkara yang mustahak.

“Paling penting, penduduk perlu melaporkan segera kepada Perhilitan sekiranya ada terlihat harimau itu di persekitaran mereka,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, ini adalah aduan pertama diterima pihaknya mengenai harimau di kawasan perumahan setelah kemunculan dua ekor harimau di Kampung Besul Lama, Bukit Besi di Dungun dua bulan lepas.

Semalam, dilaporkan kebimbangan penduduk di taman perumahan itu kerana sering melihat harimau kumbang di sekitar rumah mereka sejak dua minggu lepas.

Pada 19 Julai lalu, seekor harimau daripada spesies Malaya yang dianggarkan seberat 130 kilogram berjaya ditangkap kira-kira 3.30 petang selepas ditembak menggunakan ubat pelali.

Haiwan yang dianggarkan berusia lima tahun itu ditangkap ketika sedang berehat di kawasan belukar sekitar 500 meter dari jalan utama Kampung Besul Lama.

Bagaimanapun, harimau berkenaan dilaporkan mati pada 23 Julai lalu ketika berada dalam rawatan dan kuarantin di Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) di Sungkai, Perak.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 3 Nov 2023
Hiburan Sat, 18 Oct 2025
Featured Fri, 12 May 2023
Trending Fri, 9 Apr 2021

Suka ‘Modify’ Kereta & Motor, Shah Iskandar Pernah Berhabis RM1 Juta

Pelakon Shah Iskandar mendedahkan dia pernah berhabis hampir RM1 juta untuk memenuhi keinginan untuk mengubahsuai kereta dan motosikal. Menurut Shah atau nama sebenarnya, Shah Iskandar Mahfuz, 39, nilai tersebut merupakan anggaran jumlah wang terkumpul semenjak […]

Hiburan Tue, 9 Jan 2024
Featured Wed, 3 Aug 2022

Penuh Tin Atas Jalan Raya! Akibat Lori Sardin Terbalik, Trafik Sesak Lebih 3KM

Alahai, jenuh nak bersihkan jalan tu 😌 Harapnya tiada yang tercedera. Tapi… ada yang cakap tinggal bawa roti je tu 👀

Hiburan Wed, 12 Nov 2025
error: Content is protected !!