Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 September 24, 2019 @ 12:26am

Zizan Gunakan Platform Media Sosial Untuk Kekal Relevan Sebagai Pelawak

Kedudukan Zizan Razak sebagai antara artis komedi terbaik di Malaysia tidak dapat disangkal lagi dan kemenangannya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke-32 dalam kategori Artis Lelaki Komedi Popular semalam mengukuhkan  lagi ‘jenama’ Zizan Razak di persada seni tanahair. 

 

 
 
 
View this post on Instagram

Alhamdulillah malam ni zizan dapat anugerah artis komedi popular… terima kasih gais yg suppoert zizan selama ni… . .#abpbh32 ? @echolaliapictures

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

“Sesungguhnya, saya rasa amat terkejut kerana seperti yang kita tahu calon-calonnya semua hebat-hebat seperti Jihan dan Jep, semuanya kelakar dan berbakat.

“Tahun ini saya rasa saya kurang menonjol di televisyen tetapi saya rasa peminat-peminat saya yang mengikuti instagram saya masih mengikuti lawak-lawak saya di media sosial dan mereka merasakan saya layak bergelar pemenang,” kata Zizan semasa ditemuramah.

Sejak akhir-akhir ini Zizan sering membawa watak yang lebih serius di dalam filem mahupun drama seperti Polis Evo 2 dan sebagainya, Namun begitu, dia percaya platform media sosial berjaya mengingatkan netizen bahawa dia masih relevan sebagai pelawak walaupun tidak berlakon dalam apa-apa rancangan komedi. 

“Seperti yang saya katakan tadi, walaupun saya keluar tv dan filem dalam keadaan yang serius, saya masih melawak di platform media sosial kerana itu adalah diri saya yang sebenarnya, with or without payment,” tegasnya.

Zizan atau nama penuhnya Mohd. Razizan Abdul Razak pernah memenangi anugerah bagi kategori ini sebanyak 6 kali iaitu pada tahun 2010, 2012, 2016, 2017, 2018 dan tahun 2019 bagi ABPBH 32.

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Jul 2018

Shuk Bakal Buka Pusat Asuhan Kanak-Kanak

Mengakui rezekinya juga semakin bertambah sejak mendirikan rumahtangga tiga tahun yang lalu, Shuk percaya bahawa rezekinya itu datang daripada Isteri dan juga anaknya

Featured Mon, 27 Jun 2022
Hiburan Mon, 24 Nov 2025
Featured Tue, 4 Jan 2022
error: Content is protected !!