Trending By: SGMS Enal September 16, 2019 @ 11:46am

Bayi Malang Meninggal Dunia Berpunca Daripada Jerebu

Seorang bayi yang berusia empat bulan telah dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan saluran pernafasan di Palembang, Sumatra Selatan, semalam (15/9). Kebakaran hutan yang telah membuatkan asap jerebu membelenggu seluruh rantau Asia Tenggara itu dipercayai merupakan punca kepada kematian bayi tersebut.

Bayi yang bernama Elsa Pitaloka itu difahamkan mengalami sesak nafas sebelum menghembuskan nafas terakhirnya ketika menerima rawatan di hospital Rumah Sakit Ar-Rasyid Palembang.

Elsa telah mengalami sesak nafas sejak sabtu lalu. Ketika keadaan kesihatannya makin menyusut, ibu dan bapa Elsa telah membawanya ke bidan. Namun begitu, bidan tersebut menyuruh mereka membawa anaknya itu terus ke hospital bagi mendapatkan bantuan pakar.

Menurut Agus, Elsa adalah anak kepada Ngadirun (34) dan Ita Septiana (27) yang tinggal di Desa Talang Buluh, sebuah perkampungan yang terletak di daerah Banyuasin, Sumatera Selatan.

“Kira-kira pukul 11.30, Elsa telah dibawa ke rumah sakit Ar-Rasyid untuk mendapatkan bantuan. Doktor yang memeriksa Elsa telah memberitahu bahawa Elsa telah terkena jangkitan pada saluran pernafasannya,” ujar Agus.

Doktor merujuk Elsa ke Rumah Sakit Mohammad Hoesin (RSMH) yang juga terletak di Palembang kerana Rumah Sakit Ar-Rasyid tidak mempunyai alatan yang mencukupi. Namun apabila dia dihantar ke RSMH, Agus memaklumkan bahawa, wad rawatan sementara sedang penuh, dan Elsa disuruh untuk menunggu.

“Sementara menunggu wad kosong, Elsa telah diberi rawatan awal di Ar-Rasyid. Jam hampir masuk ke waktu maghrib, doktor menyuruh kami menguruskan segala persiapan pendaftaran kerana Elsa sudah boleh dimasukkan ke wad untuk diberikan rawatan selanjutnya. Akan tetapi, semasa segala persiapan dibuat, kesihatan Elsa mula merosot dan doktor telah memaklumkan bahawa Elsa telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 18.35,” kata salah seorang daripada ahli keluarga Elsa.

Agus menyatakan bahawa, pihak keluarga tidak mengetahui punca yang telah menggadaikan nyawa Elsa kerana tidak ada alatan yang boleh memeriksa tentang apa punca sebenarnya perkara itu terjadi. Namun sesak nafas yang dialami oleh bayi empat bulan tersebut tidak bertambah baik sehinggakan Elsa menghembuskan nafas terakhirnya.

“Doktor pakar menyatakan bahawa Elsa berkemungkinan mengalami jangkitan bakteria di dalam saluran pernafasannya, namun ianya tidak dapat dipastikan dengan tepat kerana tiada alatan yang boleh mengesahkan tentang perkara itu disini. Elsa lahir dalam keadaan yang normal dan sihat, tidak mungkin ada apa-apa penyakit yang berkaitan dengan pernafasan tiba-tiba terjadi kepada seseorang itu,” katanya.

Dia turut mengatakan bahawa terdapat sekitar 800 keluarga yang tinggal di kampung tersebut dan kesemua rumah mereka dilitupi dengan asap yang tebal.

“Terlalu tebal asapnya. Setiap kali musim kemarau, pasti kejadian ini sering terjadi. Sama juga seperti di tempat lain,” ujarnya lagi.

Ketika ini, pihaknya sedang menguruskan majlis pengebumian Elsa yang akan dikebumikan di tanah perkuburan umum yang terdekat.

Sementara itu Kepala Dinas Kesehatan Kabupaten Banyuasin M. Hakim berujar, pihaknya telah melakukan pemeriksaan ke atas RS Ar-Rasyid mengenai bayi yang bernama Elsa tersebut.

“Dari hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pegawai kesihatan Banyuasin ke RS Ar-Rasyid, memang benar ada pesakit iaitu bayi berumur empat bulan didiagnos mengalami pneumonia dan meninggal. Pesakit tersebut telah dibawa pulang ke rumah,” ujar Hakim

Dia turut menjelaskan bahawa pneumonia merupakan jangkitan yang menimbulkan radangan pada saluran udara yang menyebabkan terjadinya cairan di paru-paru. Jangkitan tersebut boleh terjadi akibat daripada menghidu udara yang tidak sihat dan tercemar.

“Orang awam digalakkan memakai topeng muka bagi melindungi diri daripada menghidu udara yang tidak sihat serta tercemar,” ujarnya.

Sumber: CNN Indonesia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 20 Nov 2020

Hati Lagu Terbaik Episod Pertama SFMM35

Siapa yang korang rasa bakal bergelar AJL?

Trending Mon, 28 Jun 2021
Trending Mon, 25 Apr 2022
Featured Wed, 16 Nov 2022

Berbadan Sasa, Norman Hakim Nafi Ambil Ubat Steroid

Badan sado tak semestinya ambik steroid kan..

Trending Tue, 4 May 2021

PKP Bersasar Untuk Kuala Lumpur – Annuar Musa

KL laksana semula PKP bersasar?

Trending Thu, 15 Nov 2018

Tunai Permintaan Tunang Juga Mangsa Korban Lion Air, Gadis Ini Bersanding Sendirian. Sedihnya!

Rio, merupakan antara 189 mangsa nahas pesawat Lion Air penerbangan JT610 yang terhempas 13 minit selepas ia berlepas dari Jakarta pada 29 Oktober lalu.