Hiburan By: Fatin Nurain July 14, 2023 @ 2:07pm

Tampil Berbeza Menerusi Lagu Ganti, Siti Nurhaliza Dedah Belajar Teknik Nyanyian Dengan Komposer Muda – “Style Budak Sekarang Ni Bukan Senang”

Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil menjelaskan kelainan yang dibawakan menerusi lagu terbaharunya yang berjudul, Ganti yang turut meraih sambutan hangat dalam kalangan peminatnya.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Siti ketika membuat live di Instagram, baru-baru ini.

Menurut Siti, dia belajar cara penyampaian lagu tersebut bersama komposernya, Nuha Nik yang mendedahkannya dengan teknik yang berbeza dan mengikut trend terkini.

Namun, penyanyi itu juga meluahkan rasa teruja dapat belajar cara nyanyian baru biarpun daripada generasi baharu.

“Memang lagu Ganti tu vibes dia macam lain, saya belajar cara menyanyi tu dengan dia punya komposer. Budak perempuan tu dia ajar saya menyanyi.

“Nak ikut style budak-budak sekarang ni bukan senang. Dia nyanyi macam selamba je. Pastu saya kata, macam mana eh saya sebelum ni kena nyanyi macam biasa ada emosi kena lebih sikit.

“Ni kena menyanyi macam selamba macam malas buka mulut. Tapi itulah yang saya belajar dengan budak-budak muda ni. Seronok, orang dengar pun lain,” katanya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, video penjelasan tersebut turut tular di TikTok sekali gus meraih pelbagai pujian dalam kalangan warganet.

Malah, rata-ratanya turut memuji sikap penyanyi itu yang masih mahu belajar sesuatu yang baharu biarpun sudah lama dalam industri.

“Sebab tu CTDK kekal relevan even dah 28 tahunn dia dalam dunia seni. Dia tak takut menuntut dengan guru yang jauh lebih muda dari dia.

“Bak kata Jamal Abdillah. Cara untuk kekal relevan adalah dengan nyanyi ikut cara terkini. Insya-Allah Tokti akan kekal relevan sampai akhir hayat beliau

“Mantap Siti Nurhaliza.. She can unlearn and relearn.

“Tokti nyanyi slumber pon merdu macam mana tu. nyanyi malas pon sedapppp,” komen warganet.

@ctzoners “…Itulah yang saya belajar dari budak2 muda sekarang ni” Siti Nurhaliza kembali mencuba sesuatu yg lain 🤎🤎 Happy me Siti back into music 💕💕 #ctdk #sitinurhaliza #gantisitism #sitismSitiNurhaliza #DatoSitiNurhaliza ♬ original sound – sitizone

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Ini Baru From ‘Zero To Hero’, Shuib Kini Bergelar Jutawan?

Jika jutawan, saya sudah ada wang berjuta-juta, tetapi saya belum sampai ke tahap itu. Insya-Allah, saya sedang berusaha ke arah itu kerana bukan baru setahun dua berniaga.

Hiburan Wed, 9 Oct 2019

Adira Akhirnya Mengaku Failkan Penceraian

Semoga dapat diselesaikan secara baik ya?

Hiburan Thu, 26 Dec 2019

Naim Daniel Diugut Netizen Gara-Gara Blackpink!

Sebagai peminat apa salahnya post gambar macam tu kan?

Trending Wed, 25 Nov 2020
Hiburan Thu, 16 Nov 2023

Fokus Pertandingan, Elak Fikiran Serabut… Aliff Aziz Kekal Prinsip Abai Kecaman Netizen

Susah nak puaskan hati semua orang kan? Jadi abaikan je la kecaman mereka tu…