Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal September 27, 2019 @ 12:41pm

True Caller Membantu Untuk Ketahui Scam Atau Tidak?

Di dada akhbar dan muka depan laman berita kini penuh dengan laporan penipuan Macau Scam. Ramai individu kehilangan wang simpanan bernilai jutaan ringgit kerana menjadi mangsa. Di dalam dunia penuh penipuan, tiba masanya teknologi digunakan untuk menentang semula penipu durjana yang licik. Antara aplikasi yang boleh dicuba untuk menyaring panggilan penipu ini ialah Truecaller.

Truecaller adalah aplikasi membuat panggilan telefon yang dilancarkan pada tahun 2009. Fokus aplikasi ini adalah untuk mencari, mengesan dan menyekat panggilan telefon dari penipu secara automatik.

Tahun 2018, Truecaller juga mempunyai banyak perubahan dan ciri baru dengan mengekalkan fungsi utama mereka. Antara yang menarik untuk dicuba ialah Flash.

Pendaftaran Truecaller

Truecaller akan mengesan nombor telefon secara automatik dan akan membuat panggilan untuk mendaftar. Truecaller kemudian akan memberi pilihan sama ada pengguna ingin menyelarikan akaun Truecaller dengan Facebook ataupun Google.

Antaramuka

Antaramuka yang digunakan agak mudah difahami dan juga mudah untuk digunakan. Talam di bawah terdapat tiga fungsi iaitu Mesej, Dialer, dan Kenalan. Bahagian atas terdapat talam carian yang dinamakan Truecaller Search yang membenarkan pengguna mencari nombor telefon secara terus ataupun melalui lokasi. Tatalan ke kiri akan memaparkan beberapa tetapan, bantuan, ruang notifikasi, profile dan juga kamera carian.

Di bahagian sejarah panggilan, gambar profil pada nombor yang telah diterima atau pun dibuat panggilan akan terdapat ikon hijau dan kilat. Ikon hijau memaparkan pengguna-pengguna Truecaller dalam talian dan ikon petir memaparkan kebolehan menghubungi pengguna Truecaller melalui fungsi Flash.

Flash

Flash ialah fungsi menghubungi pengguna-pengguna Truecaller dengan menghantar emoji ataupun teks ringkas.

Sekatan Panggilan

Jika di dalam pangkalan data Truecaller terdapat pengguna-pengguna mereka telah menetapkan nombor telefon sebagai penipu, Truecaller akan memberi notifikasi sama ada pemanggil tersebut adalah penipu ataupun tidak. Aplikasi Truecaller juga mampu menetapkan mematikan panggilan daripada penipu secara automatik.

Identified

 

Identified ialah ruang yang memaparkan nombor telefon yang sudah diiktiraf oleh Truecaller sebagai bukan penipu. Ia memaparkan berdasarkan sejarah panggilan dan senarai kenalan.

Tetapan

Di dalam tetapan aplikasi Truecaller terdapat banyak fungsi menarik. Antara fungsi menarik adalah seperti berikut:

  1. Memuat turun gambar profil secara automatik.
  2. Menetapkan notifikasi dan peringatan membuat panggilan semula.
  3. Tetapan sekatan panggilan.
  4. Menukar tema.
  5. Membuat sandaran data-data Truecaller ke storan awan.

Fungs-Fungsi Lain

Terdapat kemampuan menaik taraf ke versi Profesional yang membuang iklan, mendapat lencana Pro dan kebolehan permohonan 30 nombor sebulan. Harga versi Profesional ini ialah RM3.90 sebulan dan RM34.90 setahun.

Aplikasi permesejan anti-spam terbina juga disertakan. Ia mengumpulkan SMS di dalam satu ruang dan turut memaparkan jika SMS itu pernah dilaporkan sebagai spam ataupun tidak.

Profil kenalan yang tampak kemas dan apabila menerima panggilan terdapat pop-up Caller ID memaparkan profil kenalan tersebut. Profil kenalan ini juga boleh dikumpulkan dalam kumpulan melalui tags.


Truecaller sangat membantu dalam menyekat panggilan-panggilan daripada penipu. Bagi yang ingin mencuba boleh terus memuat turun aplikasi ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Thu, 25 Aug 2022
Hiburan Fri, 6 Oct 2023
Hiburan Mon, 15 Sep 2025

“Mungkin Sebab Terlalu Rindu” – Fattah Amin Ulas Momen Fatima Enggan Berenggang, Bersyukur Amira Othman Sangat Memahami

Alhamdulillah! Apa yang penting, majlis nikah Fattah Amin & Amira Othman berjalan lancar!

Featured Mon, 21 Apr 2025

“Cukup-Cukuplah Apa Yang Berlaku Pada Keluarga Saya”- Aliff Syukri

Kata Aliff, dia meminta semua pihak untuk berhenti membangkitkan isu mengenai keluarganya.

Hiburan Fri, 14 Feb 2025

Hasil Tungkus Lumus Perah Idea, Luqman Podolski Muncul Dengan EP ‘Kau Apa Sebenarnya?’

EP perdana Luqman Podolski berjudul Kau Apa Sebenarnya? menemui peminat sejak 24 Januari lalu.

Featured Thu, 29 Sep 2022

[VIDEO] Fizz Fairuz Jaga Almy Nadia Berpantang Cuit Hati Netizen – “Suami Contoh, Siap Ada Nama Dekat Baju Scrub”

Comel je pasangan bahagia ni 😚 Cukup package kan Datuk Fizz Fairuz ni? Kelakar, baik, pandai ambik hati isteri ❤️ Moga dipermudah segalanyaa

Hiburan Thu, 2 Aug 2018

#HajatDanceChallenge Di Laman Sosial Media

#HajatDanceChallenge ada yang kata macam zumba ada pula yang kata Poco Poco so yang mana satu yang betul

Hiburan Thu, 30 Aug 2018

Ikhwan Mengaku Rindu Nak Masuk Konti

Dalam perkembangan lain, Ikhwan kini aktif dalam bidang lakonan di mana dia sedang bersiap sedia untuk masuk ke set penggambaran sebuah drama.

Hiburan Tue, 16 Dec 2025

Kenyataan ‘Jangan Bergaul Dengan Orang Dari Broken Home’, Shila Amzah Tegur Stigma Negatif Netizen – “Kami Juga Layak Dicintai”

Shila Amzah meluahkan rasa syukur kerana akhirnya menemui kelompok rakan yang saling memahami

error: Content is protected !!