Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 October 1, 2019 @ 2:51pm

Netizen Terkejut Tiba-Tiba Jihan Muse Tak Bertudung?

Pengacara dan pelawak, Nur  Jihan Muse ini sebenarnya sudah tampil dengan imej berhijab sejak Februari lalu, tetapi baru-baru ini netizen dikejutkan dengan penampilan tidak berhijabnya di dalam iklan ‘myfreeview’ yang disiarkan di kaca televisyen. 

Ini kerana, Jihan selalu dilihat memakai tudung sejak memilih untuk menutup aurat. Walaupun ketika menyambut harijadinya di Bali bersama rakan-rakan artis seperti Sharifah Sakinah, Nabila Huda, Nad Zainal dan Sherry Alhadad, Jihan masih mengenakan hijab sewaktu berlibur. Jadi, netizen hairan bagaimana dia boleh tampil tanpa hijab dalam iklan berkenaan.

Menjelaskan hal tersebut melalui akaun twitternya, Jihan berkata sewaktu penggambaran iklan tersebut dia sememangnya belum berhijab dan sedang hamil anak lelaki sulungnya, Ungku Arsalan Haq. 

“Iklan myfreeview tu shoot time ngandungkan Arsalan 3 bulan. Tengah mabuk teruk time tu. Shoot 1 take, baring 1 take, shoot 1 take, muntah 1 take…tapi tak taulah nape baru sekarang keluarnya…jawapan untuk soalan “dia ni bukan dah pakai tudung ke?” tulis Jihan.

 

Nah, tuan empunya badan dah jelaskan. Harapnya dah tak ada kekeliruan lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 Apr 2022
Featured Mon, 23 Jun 2025

Rahmad Mega Menangis, Anak Istimewa Meninggal Dunia

Penyanyi Rahmad Mega gagal menahan sebak selepas memaklumkan anak istimewanya, Nur Ara Elisya,15, telah meninggal dunia.

Featured Fri, 14 Oct 2022

Kedai Shuib Dilanggar Kereta SUV, Pemandu Dipercayai Tertekan Minyak

Aduh kesiannya.. Semoga dipermudahkan urusan kedua-dua belah pihak

Featured Wed, 12 Apr 2023

Tolak Tawaran Pendamaian Farid Kamil, Diana Danielle Nekad Berpisah – “Hanya Mahu Perkahwinan Berakhir…”

“Diana bersetuju untuk bercerai selepas Syawal” – Peguam Syarie Akberdin

Hiburan Fri, 7 Mar 2025

“Dah Berapa Kali Daddy Datang, Tapi Tak Dapat Jumpa Fatima” – Fattah Amin Risau Anak Tak Sihat

Fattah Amin berkongsi keadaan kesihatan anaknya, Nur Fatima Aisya.

error: Content is protected !!