Hiburan By: Del14 October 9, 2019 @ 5:24pm

Kongsi Wajah Tahan Kontraksi, Elfira Tetap ‘Cute’

Pengorbanan seorang ibu tu memang besar.  Sepanjang 9 bulan 10 hari mengandungkan anak tersayang dan mengalami pening-pening dan mabuk penangan ‘morning sickness’ pada awal trimester dan ada yang sampai akhir trimester pun masih mabuk teruk sehinggakan kena masuk hospital kerana asyik muntah-muntah.  

Perubahan bentuk badan yang mendadak  juga menyebabkan mengah dan kesukaran untuk tidur terutama sekali kalau dah dalam trimester ketiga. 

Kemudian, hari yang dinanti-nanti bila dah mula rasa kontraksi atau air ketuban pecah dan terus menunggu masa untuk bersalin.  Sakitnya Tuhan sahaja yang tau!

Pelakon, Elfira Loy mendedahkan yang dia sepatutnya melahirkan cahaya mata sulungnya, Muhammad Rayyan Khalaf pada hari ini, 9 Oktober iaitu tarikh jangkaan yang diberikan oleh doktor tetapi anaknya dilahirkan 8 hari lebih awal apabila El mengalami kontraksi dari tengah malam 1 Oktober sebelum dimasukkan ke hospital.

Baca: Elfira Selamat Melahirkan Bayi Lelaki! 

Pengalaman melahirkan anak pertama baru-baru ini dikongsi oleh El atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy binti Ahmad Sabri  yang memuat naik video pendek yang diambil suaminya, semasa menahan sakit kontraksi, dalam laman instagramnya hari ini.

“Hah ni muka sebenar waktu dan nak bersalin hahahaha bukan macam video @ezlisaaloy tu. 

“Suami saya cuba membuat lawak dan merakam muka saya tapi dah tak kelakar sangatlah waktu tu hehe.

“Hari ini sepatutnya tarikh jangkaan saya bersalin, tetapi bayi comel kami tak sabar untuk bertemu kami.

“Sebab Ayah dia ada sebut dekat doktor, “Emm kalau baby lahir 1 Oktober tak boleh ke doktor?” Doktor pun dengan nada gelak kecil, boleh boleh insya-Allah sebab baby pun sihat, dah full term dan tentu sekali awak pun dah bersedia sebab kalau lagi lama mesti lagi besar kan hehe. 

“Kali terakhir bertemu doktor, Rayyan dah 3.2kg, El dan doktor masing-masing terkejut bila dia sebenarnya 3.68kg.  Tapi Alhamdullillah, kami selamat. 

“Terima kasih pada semua yang berada di bilik bersalin dengan saya.  Saya tak mungkin boleh lakukannya tanpa mereka.  Doa suami nak baby 1 Oktober Alhamdullilah Allah makbulkan,” tulis El. 
 

 
 
 
View this post on Instagram

Hah ni muka sebenar waktu dah nak bersalin hahahahha bukan macam video @ezlisaaloy tu. My Husband tryna make fun and record it , tapi dah tak kelakar sangatlah waktu tu hehe. Today was supposed to be the due date , but our lil muchkin too excited to meet us. Sebab Ayah dia ada sebut dekat Dr , “ Emm kalau baby lahir 1 October tak boleh ke Dr “ Dr pun dengan nada gelak kecil , booolehh boleeh inshaAllah sebab baby pun sihat , dah full term and of course i was so ready sebab kalau lagi lama mesti lagi besar kan hehe. Last checkup Rayyan was 3.2kg , el dan Dr masing-masing terkejut he was 3.68kg. But Alhamdulillah we survived. Thanks to all the people on the labor room with me. Can’t do it without them seriously. Doa suami nak baby 1 oktober Alhamdulillah Allah makbulkan. & also Happy birthday @haniszalikha sorrylah Rayyan mungkir janji tak sambut hari jadi sama sama hehe

A post shared by 25 | ?? | (@elfiraloy) on

Elfira juga meminta maaf pada pelakon, Hanis Zalikha kerana telah ‘mungkir janji’ untuk bersalin pada hari ini yang juga tanggal harijadi buat Hanis. 

“Selamat Hari Jadi @haniszalikha Maaflah Rayyan mungkir janji tak sambut hari jadi sama sama hehe,” katanya lagi. 

Elfira mendirikan rumahtangga dengan pasangan pilihannya, Muhamad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari yang lalu dan melahirkan anak sulung mereka pada 1 Oktober. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Jun 2019
Hiburan Sat, 11 Aug 2018

Naik Angin Di Twitter, Pelakon Filem Pulang Minta Maaf

Individu berkenaan tiba-tiba menyentuh mengenai otot (biceps) dan jambang yang jelas tidak ada kaitan dengan lakonan saya dalam filem Pulang. Hurm… siapa yang tak naik angin kan?

Featured Sat, 26 Nov 2022

“Jangan Pandang Rendah Diri Sendiri” – Bicara Comel Mika Buka Mata Netizen

Pempengaruh cilik Mika yang menggunakan akaun Mika dan Daddy di laman TikTok sentiasa berjaya meraih perhatian netizen kerana menghasilkan ‘content’ yang dapat menyuntik semangat warganet. @mika_and_daddy Jangan pandang rendah dekat diri sendiri ya. Kena percaya. […]

Hiburan Tue, 26 Dec 2017

Ozlyn dan Johan Rajalawak yang bakal menimang cahaya mata kelima

Tahniah diucapkan buat pasangan Ozlyn dan Johan Rajalawak yang bakal menimang cahaya mata kelima

Hiburan Mon, 22 Jan 2024

Hadiahkan Barangan Peribadi Untuk Peminat, Konsert Wings The Rock Emperor Bakal Gegarkan Pulau Pinang 24 Februari Ini!

“Dah tentu konsert ini tidak akan sama seperti yang berlaku di Shah Alam. Kita akan ubah sikit repertoire dan juga persembahan serta akan jadikan intronya lebih menarik di Pulau Pinang” – Wings