Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 October 14, 2019 @ 2:18pm

Asyik Kena Buli Je, Haneesya Lancar Kempen…

Ingin membuka mata masyarakat tentang isu buli, lebih-lebih lagi Buli Siber atau Cyberbully, model dan pelakon baharu, Haneesya Hanee bersama ibunya, Nor Sakuraneeda terpanggil untuk melancarkan kempen Say No To Bully dan Say No To Cyberbully yang dilancarkan oleh Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, tuan Siraj Jalil. 

Sejak insiden kemenangan Dewi Remajanya ditarik balik kerana videonya sedang berparti liar tular di media sosial tahun lepas, Haneesya kerap menerima kecaman dan cemuhan dari netizen dan ada sahaja yang diperkatakan tentang dirinya.

Baca: Gelaran Dewi Remaja 2018/2019 Bukan Milik Haneesya Lagi;

Baca: ’Beri Kami Masa, Peluang Perbaiki Kesilapan’- Ibu Haneesya Hanee Mohon Netizen Henti Tohmahan

Berkulit hitam manis, Haneesya atau nama penuhnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan selalu dipersenda kerana warna kulitnya sehingga ada yang menggelarkannya ‘boba’.

Baca: Alahai Lepas Warna Kulit, Lutut Haneesya Hanee Pula Dikecam! 

Kempen yang dilancarkan ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa ianya adalah masalah yang serius yang boleh menjatuhkan air muka dan maruah seseorang apabila kekurangan dan kelemahan diri sentiasa dipersenda.

“Semakin hari, saya lihat isu itu semakin serius dan saya juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa apabila terus dibuli, termasuk mempersenda fizikal.  Apabila saya berani bersuara, ramai yang mula berkongsi pengalaman masing-masing.

“Saya terfikir mengapa tidak saya manfaatkan pengaruh dan platform yang ada untuk sesuatu yang berfaedah.  Saya lakukan ini bukan semata-mata untuk diri, sebaliknya ia adalah tanggungjawab sosial saya sebagai selebriti.

“Ia secara tidak langsung membuka mata umum terhadap peranan selebriti kerana kami juga mampu menyumbang sesuatu untuk kesejahteraan masyarakat,” katanya. 

Memetik laporan BH Online,  kempen tersebut dilancarkan di padang kawasan perumahannya di Pudu Ulu, Cheras di mana majlis kesyukuran dan doa selamat juga diadakan sempena kemenangan Haneesya sebagai Artis Baharu Wanita Popular ABPBH Ke-32 baru-baru ini. 

Menurut Haneesya lagi kempen ini akan dijalankan secara berterusan dan ia bukan sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’.  Yang penting, dia berharap kempen ini mampu memberi impak berpanjangan dan berfungsi sebagai langkah permulaan untuk mengubah mentaliti masyarakat walaupun mungkin pada awalnya, hanya sebilangan kecil sahaja yang sedar.

Sememangnya kes buli ini semakin menular di kalangan masyarakat.  Bukan sahaja kita kerap membaca tentang kematian akibat kes buli di sekolah dan sebagainya,  kita juga patut ambil kisah tentang trauma yang tidak dapat dilihat yang dihadapi mangsa buli  seperti depresi dan kemurungan, terutama sekali kepada mereka yang tidak mempunyai sokongan padu dari keluarga atau teman-teman. 

Untungnya Haneesya kerana sentiasa mendapat kekuatan dan sokongan dari ibu, yang menjadi tunggak dalam hidupnya.  

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Aug 2025
Hiburan Wed, 3 Apr 2019

Isu Penyampai Trofi FFM30, Produksi Astro Belum Ada Kata Putus

Kita nantikan ulasan lanjut daripada pihak produksi mengenai hal ini!

Featured Mon, 27 Mar 2023

Bella Dally Minta Jangan Tanya Soal Anak – “Kadang-Kadang Ia Stress Sebab…”

Hmm kadang-kadang kita kena sensitif dalam beberapa hal…

Hiburan Thu, 11 May 2023
Hiburan Mon, 16 Apr 2018

Joe Flizzow Mohon Maaf Kerana 16 Baris, Publika Sesak Teruk!

16 Baris merupakan kolaborasi antara Kartel Records dan Rocketfuel Entertainment yang menghimpunkan artis-artis hip hop dan telah mendapat tontonan lebih 100k  menerusi platform digital Youtube mereka

Hiburan Fri, 12 Dec 2025
Hiburan Wed, 30 Apr 2025
Featured Thu, 8 Dec 2022

[VIDEO] Netizen Berdekah Memey Duduk Mengejut Atas Norman Hakim – “Dia Main Henyak Je.. Sampai Juling Mata”

Perghhhh, terus duduk tak bagi salam ek 🤣 Min saje ulang banyak kali biar abg Norman kita sakit 🤪🤪🤪🤪 Sayang bini kan hihiii

error: Content is protected !!