Hiburan By: SGMS Fas February 16, 2018 @ 8:32am

DAVID TEO TETAP BERPANTUN LUAH PERASAAN SEDIH

Tahun Baru Cina kali ini pastinya disambut muram oleh produser, Mejar (K) David Teo yang kehilangan ayah tersayang, Teo Tuan Ching,  akibat kanser paru-paru pada Rabu lalu, di kediamannya di Segamat, Johor.

David yang popular dengan ucapan  pantun setiap kali berbicara turut melahirkan  perasaan sedihnya melalui pantun yang dimuat naik ke Instagramnya.

Pantun empat keratnya  berbunyi:

 ‘Bunga Melati di atas palang

  Sungguh cantik berseri-seri

  Sedihnya hati bukan kepalang

  Kini ayah tiada disisi.”

Pantun tersebut dimuat naik sebagai tanda ucapan  terima kasih kepada semua sahabat handai dan kenalan yang mengucapkan takziah kepadanya.

“Semoga semua diberi kesejahteraan olehNya,” tulis David.

Semasa hayatnya, mendiang Teo, 89,  tinggal bersama David  di Kota Kemuning sebelum pulang ke Segamat kira-kira dua minggu lepas.

David sempat berada di sisi ayahnya semasa mendiang menghembuskan nafas terakhir.

Teo dijangka dikebumikan di Segamat, Selasa depan.

Takziah Mr. David daripada kami semua di xtra.com.

Kredit foto atas: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 11 Sep 2019
Hiburan Fri, 2 Jun 2023
Hiburan Wed, 31 Jul 2019

‘Hilang Sengat’…Sofi Jikan Ke Penjara!

Mahkamah membenarkan Sofi menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara peguam yang mewakilinya, Datuk Haniff Hassan memfailkan rayuan.

Featured Wed, 8 Nov 2023

Warganet Puji Kecantikan Tapi Dakwa Isteri Haqiem Rusli Buat Content Macam ‘Rempit’

Betul jugak apa netizen kata tu. Jadikan iktibar!❤️

Hiburan Sun, 22 Jul 2018

Boyfriend Saya Bukan Suami Sakinah, Jangan Fitnah!

Saya tak tahu macam mana orang boleh kata wajah mereka sama. Isu ini membuatkan saya tertekan kerana saya memang tidak bercinta dengan suami orang.

Hiburan Mon, 13 Nov 2023

Famili Duo 3: Tahniah! Sharif & Syaiful Sekali Lagi Bolot RM10,000 Di Minggu 5, Ini Kedudukan & Markah Penuh Peserta!

2 kali juara mingguan! Sharif & Syaiful dah kumpul RM20k😱 Tahniah! Jom semak markah semua peserta.

Hiburan Wed, 3 May 2023
Featured Sat, 18 Mar 2023