Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 October 15, 2019 @ 11:18am

“Tolong Hargai Saya..” – Afifah Nasir Kepada Hafreez Adam

Walaupun pernah digosipkan bersama, pelakon Hafreez Adam dan Afifah Nasir menafikan mereka pernah bercinta tetapi hanya berkawan rapat selepas bergandingan bersama di dalam drama Pengantinku Jatuh Dari Langit beberapa tahun lepas. 

Jadi baru-baru ini, Afifah selaku teman rapat Hafreez sanggup berulang-alik dari set penggambarannya di Hulu Langat untuk menghadiri majlis pertunangan pasangan pelakon, Hafreez Adam dan Zara Zya dan telah berkongsi momen itu di instagramnya. 

“Congratulations beautiful lovebirds @hafreezadam @zarazya. Kepada sahabat baik ku @hafreezadam, bila saya kata saya sanggup lakukan apa saja demi kamu, saya betul-betul maksudkannya. 

“Berlari-lari dari set penggambaran ke majlis pertunangan kamu dan kembali ke set adalah satu perkara yang besar buat saya jadi, tolong hargainya. Hahaha

“Hulu Langat ke Kuang bukan perkara main-main ya, jadi sekali lagi, tolong hargai saya,” tulis adik kepada pelakon Anzalna Nasir ini. 

Hafreez kemudian membalas kapsyen Afifah di ruangan komen dengan menzahirkan ucapan terima kasih kepada sahabatnya itu. 

“Terima kasih kerana sudi hadir ke majlis kami dari Hulu Langat…dan membuatkan saya hantar kamu balik ke lokasi penggambaran.

“Tidak lupa juga, terima kasih @arizlufias kerana menjemput kamu di Hulu Langat dari Damansara dan bawa kamu ke majlis saya di Kuang dan hantar kamu balik ke set.

“Tapi hey, apa-apa pun, saya sangat menghargai kehadiran kamu. Terima kasih Fif!,” balas Hafreez. 

 

Hafreez dan keluarga telah merisik Zara Zya pada 8 September lalu dan pada 12 Oktober, mereka telah ditunangkan melalui satu majlis tertutup.  Majlis pernikahan pula akan berlangsung pada Oktober 2020, inshaAllah. 

Baca: Selamat Bertunang, Zara Zya Dan Hafreez Adam Bakal Nikah Oktober 2020

Baca: Bakal Kahwin Tahun Depan, Zara Zya Tak Harap Ditaja

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 23 Jul 2018

“Sudah Lama Mengidam, Akhirnya…” – Niena Baharun

Sejak berbadan dua, pelakon Niena Baharun ini teringin untuk menjamah ‘raja buah’. Akhirnya…..

Kisah Viral Mon, 7 Nov 2022
Featured Fri, 4 Nov 2022
Hiburan Tue, 19 Feb 2019

Kenapa Agaknya Drama Dia Menantu Rahsia diselar netizen di Twitter?

Drama popular Dia Menantu Rahsia yang kini ditayangkan di TV3 di Slot Akasia menerima kecaman seorang netizen di laman Twitter.

Events Sat, 8 Feb 2020

[TRENDING] Khabarnya Masdo Bawa Satu Kampung Naik Pentas #AJL34?

Tak sabar rasanya nak tengok MASDO bawa orang-orang kampung mereka kan?

Featured Wed, 21 Sep 2022

[VIDEO] Netizen Dakwa Aktor Terkenal Mabuk Di Kelab Malam, Klip Cium GF Orang Viral?

Alamak, siapa pelakon lelaki yang disebutkan tu? Kemain galak lagi 🤭 Tacoddd 🥵

Featured Tue, 6 Dec 2022

Ayda Jebat, Nabil Mahir Menangis Tinggal Anak Untuk Urusan Kerja

Pasangan selebriti, Ayda Jebat dan Nabil Mahir menangis apabila terpaksa ke luar negara meninggalkan anak mereka, Ana Nayla atas urusan kerja. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna @ashhryyyyy di laman TikTok, Ayda dan Nabil […]

error: Content is protected !!