Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 October 17, 2019 @ 8:49pm

Pulak Dah…Mark Adam Teringin Jadi Jahat??

Bermula sebagai penyanyi, perjalanan seni insan bernama Mark Adam yang berasal dari Filipina ini semakin berkembang. Mark bukan sahaja dikenali sebagai seorang pelawak, dia juga kerap berlakon di dalam drama, telemovie dan  sejak akhir-akhir ini, mula mengembangkan bakat lakonannya ke layar perak. 

Ketika ditemui usai majlis tayangan filem 7 Hari Kisah Cinta Langkawi yang kebetulan diadakan pada tarikh hari lahirnya yang ke-40, Mark Adam mengaku yang dia susah untuk menghafal skrip dan amat gementar untuk muncul di layar perak.

“Saya sebenarnya tak boleh hafal skrip..sukar nak hafal. Jadi saya kena fahamkan apa cerita yang nak  disampaikan.. kemudian saya akan ‘improvise‘.

“Selalunya saya memang tak ikut skrip secara menyeluruh dan saya akan buat dialog secara spontan.  Pengarah, Anwardi Jamil amat memahami, memandangkan sebenarnya ini filem pertama saya.

“Sejujurnya, saya amat gementar tetapi saya atasi perasaan itu dengan sentiasa mengingatkan diri untuk lakukan yang terbaik.

“Mereka sudah beri kepercayaan pada saya untuk membawa watak tersebut jadi, ia adalah tanggungjawab saya untuk buat yang terbaik dan tidak menghampakan pengarah dan produksi,” jawab Mark.

Penggambaran filem 7 Hari Kisah Cinta Langkawi dibuat 2 tahun yang lalu, tetapi baru sekarang ditayangkan di layar perak. Untuk lakonan filem pertama, Mark memang tidak menghampakan.

Memandangkan filem ini bergenre komedi romantik, watak Nik yang dibawa Mark, memang sesuai dengan gaya Mark yang bersahaja. Walaupun, ada ketikanya babak itu agak serius, tetapi Mark masih mampu membuat penonton tergelak melihat raut muka dan mimik wajahnya yang ‘lurus’. 

Apabila ditanya wartawan Xtra tentang watak yang diidamkan, Mark terus menjawab tanpa teragak-agak, “Saya nak jadi jahat! Saya nak bawa watak ‘villain‘, orang paling jahat dalam cerita tersebut. Kenapa? Ada masalah ke??” jawab Mark dengan muka serius sambil berseloroh. 

7 Hari Kisah Cinta Langkawi berkisarkan seorang vlogger popular bernama Adira (dijayakan oleh Chi Azim, seorang pelakon teater) yang menggunakan nama vlog ‘Diva Asmara’ yang kerap memberi kata-kata nasihat berkenaan cinta pada pengikutnya.  Beliau kemudian telah dicabar oleh seorang vlogger di Langkawi bernama Joe (lakonan Josiah Hogan) untuk membuktikan teorinya apabila Adira menerbitkan buku ‘Cara Memikat Hati Lelaki Dalam 7 Hari’.

Filem yang diarahkan oleh saudara Anwardi Jamil ini didokongi oleh Mark Adam, Josiah Hogan, Peter Davis, Sharifah Shahira, Amai Kamarudin, Shaharudin Thamby, Chi Azim, Tengku Norsaili dan Tengku Rhea dari Koolfm.

Pada mereka yang sukakan cerita komedi romantik yang santai, boleh lah menonton filem 7 Hari Kisah Cinta Langkawi ini apabila ia ditayangkan di pawagam 31 Oktober nanti. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 21 May 2026

Ikmal Amry Mengaku Isteri Tak Restu Tayang Badan – “Memang Tak Boleh Nak Elak, Tapi Kalau Sendiri Post Maknanya…”

Ikmal Amry mendedahkan isterinya berasa kurang selesa melihat dirinya terlalu kerap menayangkan badan di media sosial.

Hiburan Mon, 18 Nov 2019

全马唯一配对首映!权相佑爆肌要你《Love, Again》

年末最爆笑的浪漫喜剧《Love, Again》 11月21日全马甜蜜上映!配合电影宣传更是大搞噱头举办速配活动,吸引了各行各业的专业人士争相报名。

Hiburan Wed, 30 Oct 2019

「金嗓天后」蔡琴明年2月15日槟城首唱!

曾来马举办过无数次演唱会的蔡琴,这回首次到「大马东方之珠」槟城开唱,邀请知音们共赴一场《风华绝代》的经典之夜。

Hiburan Fri, 31 Jan 2020
Events Tue, 18 Sep 2018
error: Content is protected !!