Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 21, 2026 @ 9:30am

Ikmal Amry Mengaku Isteri Tak Restu Tayang Badan – “Memang Tak Boleh Nak Elak, Tapi Kalau Sendiri Post Maknanya…”

Pelakon Ikmal Amry mendedahkan isterinya berasa kurang selesa melihat dirinya terlalu kerap menayangkan badan di media sosial.

Kata Ikmal atau nama lengkapnya, Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 31, dia sedar imej tidak berbaju sering dikaitkan dengan bidang yang diceburinya terutama membabitkan filem aksi dan aktiviti kecergasan yang disertainya seperti Hyrox.

“Dapat mesej tu memang banyak dari dulu lagi.. Memang dah ke arah tu kita punya industri. Sebab fight, action semua macam tu.

“Memang ada yang tak perlu buka baju pun tapi, boxing is boxing. Muhammad Ali pun tak pakai baju, jadi memang ia memerlukan macam tu. Saya cuma membawa watak ikut kehendak.

“Tapi kadang-kadang memang ada je buka baju tanpa tuntutan watak macam berlari. Tapi untuk filem, ia atas tuntutan watak.  Kalau luar dari itu, memang kehendak sendiri.  Saya minta maaf, khilaf saya. Saya akan cuba untuk tak tunjuk lagi,” katanya.

Ikmal berkongsi perkara demikian usai Tayangan Perdana Filem The Furious: Pertaruhan Maruah yang diadakan di GSC Mid Valley, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Ikmal menjelaskan bahawa isterinya, Najla Shamsul sering menasihati dirinya mengenai perkara tersebut, namun dia mengaku sukar untuk mengelak kerana sudah lama berada dalam dunia kecergasan.

“Tapi untuk isteri saya, dia sebenarnya tidak okay. Lepas kahwin ni banyak yang dia nasihatkan tapi saya dah dibidang itu maksudnya fitness, dekat gym bila orang nak ambil gambar dan masa tu saya tidak berbaju…. memang tak boleh elak. Tapi kalau sendiri nak post, itu memang kehendak sendiri,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)

Justeru, teguran daripada isterinya membuatkan dia mula memperlahankan imej menayangkan badan termasuk ketika menyertai pertandingan Hyrox.

“Saya sebelum ini dah buat 9 Hyrox. 4 Hyrox saya dah buka baju. Teguran tu pastinya ada dari isteri. Sekarang ni saya punya Hyrox memang fully pakai baju dan saya rasa, dah boleh kot slowdown.

“Tayang  badan bila saya akan buat untuk kerja sahaja macam dalam filem Tarung dan The Furious ni,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 17 May 2018

Chicken Wings Bersalut Emas Ini Berharga RM3926. Wow! Mahalnya

Wow! Kepak ayam bersalut emas ini harganya boleh habis duit gaji sebulan!

Featured Wed, 4 Feb 2026

Lana Nodin Bidas Netizen Dakwa Sunting Bahagian Dada Nampak Besar – “Zoom Bagi Nampak Semua”

Lana meluahkan rasa kecewa apabila setiap perkongsiannya menjadi ‘bahan’ siasatan warganet.

Trending Fri, 3 Jul 2020

Pagar Masjid & Surau Disaran Tidak Dikunci – Dr Zulkifli

Sama-samakita alert dan bertanggungjawab ok!

Trending Fri, 26 Oct 2018

“Jangan Klik Pautan Minta Kemaskini Info Bank” – Ketua Polis

Orang ramai supaya peka dan tidak sama sekali klik sebarang pautan melalui emel atau pesanan ringkas yang meminta pengguna untuk mengemaskini maklumat bank.

Hiburan Sat, 23 Dec 2017

CHECK OUT PRINCE HARRY AND MEGHAN MARKLE’S OFFICIAL ENGAGEMENT PHOTOS

The couple will be getting married in May, 2018!

Hiburan Wed, 1 Oct 2025

“Kalau Saya Tiada, Dialah Pengganti” – Zizi Kirana Titip Pesanan Penuh Emosi Buat Adik

Zizi Kirana menitipkan pesanan penuh sebak buat adiknya, Nurul Nazielah

error: Content is protected !!