Hiburan By: SGMS Faida October 25, 2019 @ 11:39am

Turun Lapan Kilogram…Kenapa Dengan Aishah Azman?

Selepas melalui episod putus tunang beberapa bulan lalu, tubuh pelakon Aishah Azman dilihat semakin langsing.

Akui pelakon drama Suri Katrina ini, dia menafikan hilang berat badan disebabkan masih belum move on selepas putus tunang.

“Memang betul saya turun berat badan mendadak. Tetapi bukan sebab bersedih dengan kisah putus tunang. Saya lakukan ini demi penampilan terbaharu dalam drama agar nampak lebih menarik.

“Dalam televisyen, kalau berat badan naik sikit sahaja memang akan kelihatan sangat. Lebih-lebih lagi di bahagian muka. Sebab itu saya ambil pendekatan untuk turunkan berat badan,” katanya kepada Xtra.

Kata pelakon berusia 23 tahun ini, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak lapan kilogram hasil diet ketat.

“Setiap hari saya pergi jogging dan kawal pemakanan dengan rapi. Saya juga sertai kelas menari, letih juga tetapi hasilnya berbaloi. Dari 55 kilogram, berat badan turun ke 47 kilogram,” katanya.

Untuk rekod, pelakon Syafie Naswip, mengesahkan ikatan pertunangan dengan Aishah yang terjalin sejak 7 April terlerai pada Julai lalu.

Syafie berkata, keputusan membawa haluan masing-masing dibuat selepas berdepan dugaan berat yang menyukarkan mereka untuk meneruskan hubungan.

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Jul 2019

Tahniah…Jamal Abdillah Bakal Timang Anak Ketiga

Saya sangat bersyukur kerana doktor juga memberitahu kami bakal menimang cahaya ] mata perempuan nanti.

Hiburan Mon, 24 Jun 2019

‘Sumpah Saya Tak Ingat’- Radhi OAG Lupa Frasa Cerai

“Saya berharap dia jujur kepada mahkamah kerana proses ini sangat rumit. Malah, saya juga terikat dengan komitmen kerja,” kata Ayu.

Hiburan Wed, 18 Sep 2019

Solekan Angelina Jolie Dalam Maleficent: Mistress of Evil Memang Jahat!

Jom Countdown sama-sama untuk tengok cerita ni!

Events Mon, 21 Jan 2019

Shane Filan and Local Artists Light Up The City of Elmina

It was en epic, star-studded evening.

Kes Mahkamah Fri, 22 Dec 2023
Hiburan Tue, 20 Mar 2018

Raja Ilya Kini Pelakon Hollywood?

Bagi Raja Ilya, beliau terpaksa menolak tawaran tersebut kerana terdapat beberapa perkara yang dianggapnya tidak sesuai dengan dirinya

Featured Fri, 25 Nov 2022