Euforia Bola 2026
Automobile By: Salma Syahbuddin April 25, 2019 @ 10:00am

Nova 4eTampil Ciri Premium Dengan Harga Mampu Milik

Penggunaan telefon pintar pada masa kini sering menjadi keutamaan terutamanya dalam melakukan pelbagai tugas seperti mengemaskini status laman Facebook, Instagram,  dan juga Twitter selain mampu merakam imej swafoto yang mengagumkan dengan harga yang lebih rendah.

Huawei Nova 4e juga dilihat tidak mengabaikan aspek spesifikasi dan rekaan fizikalnya yang mahu dilihat trendy serta lebih mesra.

Malah, bagi penggemar permainan mudah alih pula mereka boleh bermain dalam tempoh yang panjang. 

 

Dikuasai dengan pemproses kirin 710 (12nm) dan dipadankan dengan kemampuan memori sebesar 6GB serat kapasiti storan sebanyak 128GB.

Nova 4e juga menggunakan rekaan skrin paparan dewdrop berbentuk lekukdi bahagian atas dan nisbah paparan kepada bentuk fizikal peranti adalah 84.1 peratus.

Didatangkan dengan skrin paparan 6.15 inci, definisi penuh (FHD+) dan padanan cip pemprosesserta sokongan memori RAM mampu menjadikan telefon pintar ini berkuasa untuk sebarang pelaksanaan aplikasi.

Manakala, bahagian kamera belakang pula dilengkapi dengan tiga lensa kamera, menggabungkan sensor  24 megapixel, 8MP, dan 2 MP serta takuk pada skrin pula menempatkan sensor 32MP.

 

Turut mempunyai slot dwi kad SIM da bicu audio 3.5mm. Peranti berkenaan dijana dengan bateri berkapasiti 3,340mAh dengan sokongan pengecasan cepat yang ditawarkan dengan pilihan warna Midnight Black, Pearl White, dan Peacock Blue. 

Lensa augmented reality menerusi fungsi 3D Qmoji dan ia akan meniru mimik muka dan kelakuan pengguna juga turut tersedia.

Dengan harga RM1,199 telefon pintar ini sangat sesuai dimiliki oleh kelas pertengahan kerana ianya menggunakan aplikasi terkini.

Bagi golongan trendy,  Nova 4e, boleh merakam imej lebih jelas dengan teknologi peningkatan imej kecerdasan buatan (AI).

 

Nova 4e juga menghasilkan nada dering menggunakan lagu kegemaran atau menggunakan video, HUAWEI Nova 4e menyokong sepenuhnya video nada dering yang dihasilkan sendiri sebagai pilihan tambahan.

Pengguna juga boleh memuat naik klip daripada sumber lain seperti TikTok dan ia menambahkan lagi dimensi keseronokan menjawab panggilan telefon.

Selain itu, ianya juga menggunakan sistem operasi EMUI 9.0 manakala keupayaan pemproses grafik Mali G72 untuk memberi pengalaman lebih baik terutamanya ketika pengguna bermain sebarang judul permainan mudah alih.

Kini, HUAWEI menawarkan tawaran menarik kepada pembeli Nova 4e dan maklumat lanjut boleh melayari laman web https://shop.huawei.com/my/events/5-year-celebration.html

Segera dapatkan Nova 4e di kesemua rangkaian kedai HUAWEI atau melalui kedai dalam talian untuk mengetahui promosi yang ditawarkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Jun 2025
Hiburan Fri, 4 Jan 2019
Featured Tue, 7 Mar 2023
Featured Mon, 8 Aug 2022

Pengurus Ditangkap Akibat Kes Dadah, Bunga Citra Lestari Umum Teruskan Konsert Di Singapura

Betul kata BCL. Moga ia jadi pelajaran dan pengalaman dalam kehidupan☹

TECH Mon, 16 Jul 2018

Penggunaan Google Translate Meningkat Sepanjang Piala Dunia 2018

Aplikasi terjemahan Google Translate mencatatkan penggunaan tertinggi disepanjang berlangsungnya temasya Piala Dunia 2018 di Rusia. Menurut, pengurus produk Google Translate, Julie Cattiau, angka pengguna Google Translate meningkat dua kali ganda. Faktor peningkatan ini disumbang oleh […]

Featured Thu, 3 Jul 2025

Ajai Mohon Maaf Isu Konsert 4U2C – “Saya Harap Perkara Ini Dapat Diselesaikan Cara Baik”

Ajai tampil memberikan respons susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh anggota kumpulan 4U2C, Datuk AC Mizal.

error: Content is protected !!