Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 29, 2019 @ 2:26pm

Frust Bercinta…Ara Johari ‘Racun’ Hati Sendiri?

Selepas berjaya meraih tempat kedua di Anugerah Juara Lagu ke-33 Februari lalu, bintang berbakat besar Ara Johari kembali dengan sebuah lagi lagu balada Rock berjudul ‘Racun Hati’.

Bersesuaian dengan suara Ara, lagu ini menceritakan tentang seseorang yang kehilangan pasangan sehingga sanggup ‘meracuni hatinya’ dengan ‘membunuh rasa sayang’ terhadap orang baru yang lain kerana terlalu mencintai pasangannya yang telah pergi.

Digubah oleh Amy Bong dan disulami lirik nukilan Ziin serta Amy Bong sendiri, lagu ini dijangka berpotensi besar mengulangi kejayaan lagu-lagu Ara sebelum ini.

Ara yang memang dikenali dengan lagu berentak balada rock mempunyai himpunan peminatnya sendiri yang senantiasa ternati-nanti buah tangan terbaru darinya.

‘Racun Hati’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. 

Video lirik dan muzik lagu ‘Racun Hati’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 6 Mar 2023
TECH Thu, 29 Nov 2018

Now You Can Purchase Houses Online?!

It’s as easy as ABC…

Hiburan Sun, 23 Dec 2018

「屿你同在」圣诞节献爱心!化身圣诞老人

「屿你同在」圣诞节献爱心!本地艺人Victor李俊颉、伍家辉和Jyin傅健颖化身圣诞老人大派礼物。

Hiburan Mon, 17 Mar 2025
Hiburan Thu, 5 Dec 2019
Featured Thu, 8 Feb 2024

“Rasanya Lebih Baik Bertanya Kepada Mereka”- Misya Akhirnya Buka Mulut Isu Aslam, Marissa Kahwin Di Thailand

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Moga Misya terus kuat!

Hiburan Fri, 22 Nov 2024

“Tak Perlu Tunggu Jadi Baik” – Aliff Aziz Ajak Peminat Selawat 1,000 Kali Sehari

Aliff Aziz ajak peminat berselawat 1,000 kali selama 40 hari

error: Content is protected !!