Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal October 7, 2019 @ 10:42am

3 Dokumen Penting Perlu Ada Jika Masuk Thailand Dengan Kereta Sendiri

Jika baru pertama kali datang ke Thailand, pasti perasaan teruja membuak-buak. Ia juga menjadi sebuah negara yang dipenuhi dengan makanan yang lazat dan pelbagai. Pasti ramai yang bertanya, boleh ke bawa kenderaan sendiri masuk ke negera jiran tu? Jawapannya ya, boleh. Cuma ada beberapa perkara yang perlu anda menitikberatkan.

Lelaki ini kongsikan tips dan keperluan yang patut ada jika anda membawa kereta Malaysia ke Thailand.

Benda yang perlu ada;

  • Passport
  • Sijil pemilikan kenderaan
  • Insurance kereta (Thailand)

Passport

Mesti masih belum tamat tempoh. Isi borang ketibaan dan cop passport dikaunter. Borang ketibaan kalau tak pandai isi, ada kaunter yang boleh isi tapi diorang mintak rm 2. (isi sendiri free: mudah dan ringkas jer maklumat).

Sijil pemilikan kenderaan

Kata mudah adalah geran kereta. Kalau tak ada original, sila pergi ke JPJ tempat korang dan request salinan. Sekejap sahaja korang dapat copy dengan harga rm50.

Menurut lelaki ini, salinan geran sesetengah pintu masuk tidak akan diterima. Untuk pengetahuan anda, jika anda liminate geran korang berkemungkinan akan ditolak oleh pihak kastam Thailand.

Ada lagi satu perkara yang perlu anda tahu, iaitu jika anda membawa kenderaan bukan milik sendiri, anda memerlukan surat akuan sumpah yang lengkap jika tidak korang tidak dibenarkan masuk.

Kata lelaki ini lagi, ada juga kes kereta disita sebab masalah pemilikan.

Insurans kereta Thailand

Boleh beli di pintu sempadan Malaysia atau di kaunter semasa diorang nak isi simplified customer declaration form.

Untuk pengetahuan anda, ada harga untuk setahun, 6 bulan atau seminggu. Biasa ambil setahun insurance harga dalam RM 90. Untuk jenis pergi sekejap boleh minta seminggu dalam harga Rm 20.

Bila korang dah cop passport terus pergi special kaunter untuk kemasukan kereta. Bagi passport dan geran kereta. Di sini korang boleh beli insurance (biasa diorang offer). Diorang akan keluarkan Simplified customer declaration form untuk korang.

Untuk pengetahuan anda semua, jika anda merupakan orang yang baru pertama kali masuk ke Thailand, tempoh yang diambil untuk masukkan data dalam sistem agak lama tapi jika dah selalu masuk, masa yang diambil singkat dan mereka terus printkan simplified customer declaration form.

Kemudian, korang pergi minta cop dekat Pegawai diorang yang dekat luar. Biasanya diorang akan tanya mana kereta untuk pastikan betul. Pihak mereka akan cop dan kita kena sign macam perjanjian.

Jangan lupa bagi balik borang simplified declaration masa cop passport keluar.

Kalau tak, timbul lagi satu masalah bila nak masuk sekali lagi nanti.

Sumber: Krik Alfie

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 2 Aug 2023

Yuna Bakal Buat Konsert 22 Oktober Ini, Peminat Luah Rasa Teruja

Fuhhhhh, tak sabarnya min nak tunggu konsert Yuna! Confirm gempak nii 🥳🥳

Hiburan Fri, 24 Jan 2020
Hiburan Fri, 10 Jan 2025
FESYEN Tue, 20 Aug 2019
Hiburan Sun, 27 Jul 2025
Hiburan Mon, 27 Apr 2026

Persembahan Sentuh Hati Ramai , DSV Dedah Cik B Luah Segala Trauma Dikutuk Sejak Kecil 

DSV mendedahkan Cik B menjadi mangsa kecaman sejak kecil sehingga dirinya trauma. 

Hiburan Wed, 22 Oct 2025
Hiburan Fri, 20 Feb 2026

“Perasaan Paling Indah” – Eyka Farhana Syukur Rasa ‘Baby Kicks’ Semakin Kuat

Eyka Farhana meluahkan rasa syukur dan teruja apabila tendangan bayi dalam kandungannya semakin kuat

Hiburan Fri, 25 Jul 2025
error: Content is protected !!