Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal October 12, 2019 @ 2:32pm

16 Termasuk Kanak-Kanak Melecur Belon Helium Meletup

 Seramai 16 orang termasuk kanak-kanak melecur apabila belon helium yang menjadi ‘prop’ untuk program kecergasan sempena Bulan Sukan Negara 2019 di Dataran Putrajaya di sini hari ini meletup.

Mereka yang terjejas dalam insiden 11.30 pagi itu melibatkan sembilan kanak-kanak dan tujuh dewasa berumur antara empat dan 30-an yang antaranya adalah peserta dan pengunjung ke program kecergasan Kementerian Pendidikan hari ini.

Mereka kini dirawat di Hospital Putrajaya dan ditempatkan di Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hasan, kejadian dipercayai berpunca daripada perbuatan seorang dewasa yang cuba memutuskan benang ikatan belon dengan pemetik api yang kemudiannya menyambar belon helium berkenaan.

“Polis menjumpai pemetik api yang disyaki di tempat kejadian,”katanya ketika ditemui di Hospital Putrajaya.

Menurutnya, kejadian berlaku selepas program kecergasan itu selesai kira-kira 11 pagi iaitu sewaktu untuk “berkemas-kemas”.

Program kecergasan itu dirasmikan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching pada sebelah pagi berjalan lancar. Pada program itu, Teo turut mengambil bahagian melakukan aktiviti kecergasan.

Rosly berkata sehingga kini, masih belum ada pihak tampil untuk membuat laporan berhubung insiden itu.

Beliau berkata wakil penganjur atau mangsa boleh membuat laporan untuk membolehkan polis memulakan siasatan.

“Setakat ini belum ada sesiapa yang ditahan untuk siasatan,”katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya Dr Khairul Nizam Hassan berkata tiada mangsa yang kritikal.

“Mangsa mengalami luka terbakar tahap pertama dan tahap kedua. Kecederaan yang dialami mangsa berbeza ada yang dikening, rambut dan tangan. Tidak ada yang cedera satu badan,”katanya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut melawat mangsa di Hospital Putrajaya, sejurus selepas menghadiri satu program sempena Hari Kanak-kanak 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 8 (1) Putrajaya berhampiran.

Dr Wan Azizah yang menerima perkhabaran tersebut pada program itu berkata beliau sedih mendengar insiden itu.

Dr Wan Azizah ketika ditemui di Hospital  Putrajaya selepas melawat mangsa berkata ada mangsa kanak-kanak yang ditemuinya trauma dengan kejadian itu sehingga tidak mampu untuk bercakap.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedia membantu dari segi kaunseling kepada mangsa.

“Sedih tragedi sudah berlaku di tempat yang sepatutnya ada temasya,” katanya.

Sumber: Bernama, Dr. Wan Azizah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 5 Apr 2025
familuv Fri, 24 Feb 2023
Trending Fri, 27 Mar 2020
Featured Wed, 24 May 2023
Trending Sun, 26 May 2019

Mukhriz Mohon Maaf Pada Sultan Johor

Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak bersalaman dengan Sultan Ibrahim dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Kejadian itu menerima kecaman hebat netizen yang rata-ratanya tidak setuju dengan tindakan menteri besar itu.

Hiburan Thu, 6 Oct 2022
Trending Mon, 18 Feb 2019

‘Mak Esah’ Misha Omar akhirnya minta maaf! 

Misha difitnah netizen menggunakan sihir pada malam Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL 33).

Hiburan Sun, 3 Mar 2024
Trending Sat, 15 Sep 2018

‘ Filem One Two Jaga Buat Aku Teringat Babloo & Salim Dekat Site’, Lelaki Ini Bongkar Realiti Pekerja Asing

Menerusi perkongsian salah seorang pengguna Twitter yang sudah menonton karya  arahan Nam Ron ini, lelaki ini mengaku pernah menyaksikan sendiri di depan matanya situasi sama yang dipaparkan dalam One Two Jaga.

error: Content is protected !!