Hiburan By: SGMS Enal October 14, 2019 @ 7:44am

Jerebu Terburuk Di Kota Palembang

Jerebu terburuk berlaku di kota Palembang, Sumatera hari ini, apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah bacaan 921.

Jarak penglihatan di kota yang berpenduduk 1.5 juta orang itu kurang dari 150 meter, menyebabkan pihak berkuasa mengarahkan penutupan sekolah.

Ketua Pusat Data, Informasi dan Hubungan Masyarakat, Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, Agus Wibowo berkata BNPB telah mengerahkan tujuh buah helikopter untuk melakukan pengeboman air, dan melakukan pembenihan awan, manakala lebih 8,000 petugas pemadam kebakaran, kini bertungkus lumus menangani kebakaran hutan dan ladang.

“Wilayah Sumatera Selatan mencapai pada tingkat berbahaya atau pada angka 921 (IPU).

“Kualiti udara tersebut seiring dengan jumlah titik panas di wilayah itu hingga mencapai 691 titik, atau tertinggi di antara wilayah lain, seperti Riau, Jambi dan beberapa wilayah Kalimantan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Keadaan jerebu di Kota Palembang yang semakin memburuk itu, adalah berikutan arah angin pada umumnya mengarah dari tenggara ke barat laut, yang membawa jerebu dari kawasan kebakaran buruk di Sumatera dan Kalimantan, ke kota itu.

Pada bulan lepas pergerakan angin adalah mengarah dari barat laut menuju ke arah timur dan timur laut, yang menyebabkan jerebu teruk di beberapa buah negara jiran.

Lebih 300,000 hektar kawasan hutan dan ladang di Indonesia terbakar, terutamanya di Sumatera dan Kalimantan, sejak 1 Jan lepas.

Menurut laporan media tempatan, jarak pandang yang rendah itu menyebabkan jadual penerbangan di Bandara (Lapangan Terbang) Sultan Mahmud Badarudin II, Palembang, turut ditunda.

Sumber: Bernama

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 30 Oct 2019

EXO Reported To Return in November! + SM’s Response

EXO-Ls might be receiving an early Christmas treat!

Featured Mon, 17 Oct 2022
Featured Fri, 11 Nov 2022

Selepas Berjaya Tamat Diploma Dengan Cemerlang, Irfan Haris ‘Nervous’ Nak Melamar Siapa Tu?

Fuhh, jangan Nervous, santai santai je. Meh kongsi Tips untuk Irfan Haris 🤩

Hiburan Tue, 6 Feb 2018

李幸倪大哭自认在感情中过份理性

在香港乐坛一直努力耕耘的Gin李幸倪,日前推出《很坚强》打响2018年首炮!全新一年被赋予新称号「坚Lee」的她笑指,新称号有让她多了一份亲切感,似乎拉近了她与大家的距离。

Hiburan Thu, 30 Nov 2023
Hiburan Mon, 8 Jan 2018

Lambat Sikit Pun Dah Kecoh !!

Datang lambat sikit pun nak kecoh , asyik nampak keburukan orang lain saja!

FESYEN Wed, 13 Feb 2019

Pertama Kali Potong Rambut, Gambar Anak Kourtney Kardashian Curi Tumpuan

Comelnya! Sekali pandang nampak macam Khloe pula kan?

Featured Thu, 30 Dec 2021

“Satu Tugas Yang Amat Besar” – Anzalna Sebak Jadi ‘Pengganti’ Siti Sarah

Jenama tudung milik Allahyarham Siti Sarah, Loveta bakal menampilkan pelakon Anzalna Nasir selaku wajah baharu bagi koleksi yang bakal muncul pada Januari ini. Anzalna yang baru sahaja berhijab September lalu menerusi hantaran Instagram miliknya berkata, […]

Hiburan Wed, 10 Aug 2022