Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal October 18, 2019 @ 3:27pm

Kematian Pesakit Di Perak Mungkin Akibat Virus Lain

Kementerian Kesihatan tidak menolak kemungkinan kes kematian seorang lelaki di Manjung akibat Zika berpunca daripada jangkitan virus tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata siasatan dan tindakan susulan sedang dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Besar kemungkinan penyakit Zika (jangkitan) itu adalah asal dari tempatan berdasarkan siasatan. Siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Untuk makluman, kes Zika pernah dilaporkan pada tahun 60-an di Bentong, Pahang,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama di sini hari ini.

Dr Noor Hisham mengulas mengenai kematian seorang lelaki berumur 30 tahun akibat virus Zika awal pagi ini dan kes jangkitan itu adalah yang kesembilan dalam negara sejak 2016.

Mangsa yang disahkan positif jangkitan virus Zika berdasarkan ujian pengesahan dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) pada 13 Okt lalu meninggal dunia di Hospital Manjung kira-kira 4.45 pagi tadi.

Virus Zika disebarkan menerusi nyamuk Aedes iaitu nyamuk sama yang menyebabkan penyakit demam denggi dan chikungunya.

Sumber:freemalaysiatoday ,  bernama.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 5 Jan 2023
Trending Wed, 27 Dec 2023
Featured Thu, 20 Oct 2022
Trending Fri, 21 Oct 2022

Eleh He Eleh! Rupanya Lagu Viral Nyanyian Timah Ini Ciptaan Faizal Tahir

Lagu Eleh He Eleh nyanyian bintang cilik, Fatimah Noryyah Mohd. Noor Kosygin atau lebih mesra dengan sapaan Timah menjadi perbualan semenjak minggu lalu. Persembahan Timah yang menyampaikan lagu terbabit di sebuah program televisyen menjadi perbualan […]

Featured Fri, 31 Mar 2023
error: Content is protected !!