Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 November 11, 2019 @ 4:38pm

Penyanyi Berada Di Bawah Pengaruh Alkohol Semasa Ditangkap

Nampaknya penyanyi dan pelakon Aliff Aziz tidak serik-serik walaupun sedang menunggu hari untuk dihadapkan ke Mahkamah bagi sebutan kes tuduhan mencuri di mana dia dituduh mencuri wang milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia bernama Raja Yunika Perdhana Putri.

Baca: Tak Serik, Artis Kelahiran Singapura Tu Buat Hal Lagi?

Semalam penyanyi lagu Sayang Sayang ini ditangkap kerana mengganggu ketenteraman di tempat awam ketika dalam keadaan mabuk.

Memetik laporan Berita MediaCorp mengenai dua video yang tular semalam yang membabitkan penyanyi itu, Pasukan Polis Singapura (SPF) mengesahkan bahawa seorang lelaki berusia 28 tahun ditangkap selepas didapati bergaduh dengan seorang lagi lelaki sekitar jam 6.40 pagi di kawasan Orchard Road.

Walaupun diarahkan oleh anggota polis supaya bertenang dan meleraikan pergaduhan itu, Aliff dikatakan enggan memberi kerjasama dan mencetuskan kekecohan. Dia juga didapati mabuk kerana nafasnya berbau arak.

“Dia kemudian ditangkap kerana mengganggu ketenteraman awam apabila mabuk, di bawah Seksyen 14(2)(b) Akta Kawalan Arak.  Lelaki itu juga bergelut dengan para pegawai semasa mereka cuba menangkapnya. Siasata polis masih dijalankan,” menurut kenyataan polis SPF.

Dua video yang tular petang semalam, salah satunya menunjukkan Aliff sedang bergelut dengan pegawai polis di persimpangan jalan Claymore Road dan kejadian itu disaksikan oleh orang ramai yang lalu lalang. 

Video pertama  kemungkinan besar diambil oleh seorang wanita yang cuba menjelaskan apa yang terjadi tetapi butir percakapannya tidak begitu jelas. Yang jelas kedengaran adalah Aliff dilihat ‘mencari pasal’ dengan beberapa orang dan seorang lelaki yang tidak dikenali dikatakan menumbuk Aliff.

Aliff  kemudian berjaya meloloskan diri dari pegawai tersebut membuat percubaan untuk melarikan diri sebelum berjaya dikejar dan ditahan sebelum dia jatuh di tepi jalan raya untuk diberkas. 

Dalam video kedua yang tular, Aliff dilihat masih bergelut dengan dua orang pegawai polis yang cuba menggari tangannya sambil Aliff meronta menghubungi bapanya melalui telefon bimbit sambil menjerit “Ada orang pukul abang. Ayah tolong abang, ayah!”

Selebriti Alif Aziz kena tangkap di Singapore.. Tak tau kes ape… Byk masalah btl budak sorang nih… ?

Posted by Ratu Perang on Saturday, November 9, 2019

Baca: ‘Kalau Itu Lakonan, Maknanya Dia Dah Pandai Berlakon’- Netizen Bingung Tengok Video Aliff Aziz ‘Ditangkap’

Baca: ‘Dia Okay Lepas Jumpa Anak’- Ibu Aliff Aziz

Apa nak jadi dengan Aliff Aziz? Selepas bercerai dengan bekas isterinya Bella Astillah kerana ‘kantoi’ curang dengan beberapa wanita, hidupnya seperti terumbang ambing.

Pasangan yang bernikah pada 9 September 2016 ini  telah bercerai pada 16 Mei lalu. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamad Ayden Adrean. 

Baca: ‘Tak Semua Wanita Sabar Macam Bella’-Aliff, Bella Cerai Talak Satu

Sumber Foto: Instagram @aliffaziz91, twitter @hiokhiokkontet dan facebook @ratuperang

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 29 May 2023
Hiburan Sat, 2 Sep 2023
Hiburan Thu, 30 May 2019

Mad August破本地中文乐坛规则!每月推一首新歌

Mad August打破宣传主打歌的传统方式,决定把全新专辑的每首歌曲派台,并以每月一曲形式推出!

Hiburan Thu, 6 Dec 2018

Saksi Akui Ditampar, Ditendang Perut Dan Kemaluan Oleh Pelakon Popular Ini

Semoga prosiding ini berjalan dengan baik dan lancar

Hiburan Sat, 18 Oct 2025
Hiburan Tue, 15 Aug 2023
Featured Sat, 28 Sep 2024
error: Content is protected !!