Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida November 18, 2019 @ 6:50pm

Andi Bernadee,Ismail Izzani Gabung Suara Dalam ‘Hello’

Andi Bernadee dan Ismail Izzani bukanlah suatu nama yang asing lagi dikalangan peminat muzik tempatan. Meskipun kerjaya seni mereka baru berusia tiga tahun, penyanyi yang mesra disapa sebagai Andi dan Ismail ini boleh diangkat sebagai sensasi muzik terkini.

Walaupun masing-masing mempertaruhkan genre rancak, Andi dan Ismail mempunyai gaya dan keunikan tersendiri malah karya terbitan mereka terus terusan mendapat sambutan dan menjadi lagu hits siulan anak muda masa kini.

Bakat muda yang mendapat jolokan ‘budak baru nak up’ (BBNU) ini merupakan antara barisan artis yang dipilih untuk menjayakan Konsert Lazada 11.11 Super Show di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari Ahad lalu.

Kini Andi dan Ismail memanaskan lagi industri muzik tempatan dengan kolaborasi yang paling dinantikan tahun ini menerusi lagu duet berjudul “Hello”.

Single ini merupakan terbitan World Peace Entertainment Sdn Bhd dengan kerjaasama Warner Music Malaysia. “Hello” merupakan hasil ciptaan bersama Mas Dewangga, Firdaus Rahmat dan Ismail Izzani.

Lagu membawa genre pop elektro ini diberikan susunan muzik segar setaraf muzik kontemporari antarabangsa. Gabungan alunan suara dan gaya vokal Andi dan Ismail tampak serasi dalam menyampaikan lagu mesra telinga ini.

“Hello” dijangka mampu mengangkat lagi profil mereka sebagai penyanyi  dan dijangkakan bakal mencipta fenomenanya tersendiri.

Pasangan duo ini berharap agar lagu taruhan mereka ini mendapat sambutan positif peminat muzik di rantau ini sekaligus  mengukuhkan lagi tapak mereka dalam industri muzik sebagai bakat muda yang berpotensi besar mencipta lebih banyak kejayaan untuk industri muzik tempatan.

Single “Hello” boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 3 Aug 2024

Tahniah! Tyra Kamaruzzaman Hamil Anak Pertama!

Wahhh, alhamdulillah. Congrats Tyra & husband!

Hiburan Thu, 2 Jul 2026

Kontroversi Yang Akhirnya Menjadi Titik Kebangkitan Fazura – “Skala Bahagia Saya Kini 10/10… Alhamdulillah”

Fazura menjadi perhatian bukan kerana kejayaan lakonannya, tetapi kerana kontroversi yang mengiringi perjalanan seninya.

Hiburan Sun, 19 Jan 2025
Hiburan Fri, 18 May 2018

Big Bang’s Seungri is on Tinder?!

The app is kinda notorious for the wrong things man.

Hiburan Tue, 25 Jun 2019

Aazief Khalid Dan Instafamous Ini Akhirnya Berpisah

Netizen ni pun, cubalah selidik dulu punca perpisahan diorang, jangan main serkap jarang je!

Featured Wed, 22 May 2024
Hiburan Fri, 8 Nov 2024

Video Dijadikan Bahan, Luqman Faiz Diganggu Golongan Lelaki Songs*ng – “Ini Satu Fitnah!”

Luqman Faiz kesal video dijadikan bahan golongan lelaki songsang

Featured Sat, 23 Aug 2025
error: Content is protected !!