Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 November 25, 2019 @ 8:25pm

Bukan Artis ‘Muka Bersepah’, Redza Rosli Hargai Masa Sendiri

Enggan kehidupan privasinya menjadi tatapan umum, pelakon Redza Rosli memilih untuk tidak berkongsi hal peribadi dengan sesuka hati.

Mungkin selepas kisah cintanya bersama pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat yang putus di tengah jalan mendapat perhatian umum satu ketika dahulu, Redza seakan serik untuk membenarkan kisah peribadinya di jaja.

Walau bagaimanapun, Redza menafikan yang dia sukar untuk didekati atau tidak mahu memberikan kerjasama jika diminta.

“Saya bukan jenis artis ‘muka bersepah’ yang boleh dilihat di mana-mana.  Sekiranya menerima undangan menghadiri acara hiburan, saya akan luangkan masa sebagai menghormati penganjur.  

“Namun, jika sekadar mahu tunjuk muka untuk membuktikan saya masih aktif, saya tiada masa.  Lebih baik saya duduk di rumah atau melakukan aktiviti lasak seperti menunggang motosikal dan bersenam yang menjadi minat saya,” kata Redza kepada BH Online. 

Memetik laporan portal tersebut, pelakon drama rantaian Lelakimu Yang Dulu ini tidak kisah digelar ‘anak emak’ hanya kerana dia menghargai masa yang diluangkan bersama kedua ibu bapanya dan ahli keluarga.

“Selagi ibu bapa masih ada, saya hargai masa bersama mereka.  Itulah kebahagiaan saya kerana saya tidak suka buang masa melepak tanpa arah tujuan.

“Saya ada dunia saya sendiri dan istilah sunyi tidak pernah wujud dalam kamus hidup.  Saya bahagia bersama keluarga, kerjaya dan teman rapat.  Alhamdullillah semuanya cukup.

“Saya bersyukur dikelilingi insan yang positif, tahu dan faham jiwa saya. Saat tersungkur dan berusaha bangkit semula, mereka tetap teguh berdiri di belakang,” katanya lagi.  

Pemilik nama penuh Ahmad Redza Rosli ini juga berkata dia sebenarnya seorang yang pemalu walaupun memilih lakonan sebagai periuk nasinya.

“Saya tiada masalah apabila beraksi di hadapan kamera. Saya tidak malu melakonkan karakter yang dituntut, biarpun ramai orang memerhati kerana ia periuk nasi dan rezeki, jadai saya harus menangani situasi dengan baik supaya perasaan malu tidak menguasai diri.

“Sejujurnya, saya mahu melakonkan watak lain selain watak antagonis walaupun ia memberi impak pada kerjaya saya. Bimbang juga peluang melakonkan watak hero semakin menjauh.

“Namun, saya silap kerana masih diberi peluang melakonkan watak-watak hero, malah turut mendapat kepercayaan melakonkan watak berat,” jelas Redza mengakhiri bicara. 

Kredit Foto: Instagram @redzarosli

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 Apr 2026

Mengadu Sakit Dada & Susah Bernafas, Qadejah Dikejarkan Ke Hospital… Shahida Mohon Doa Ramai – “Platelet Darah Dia Rendah”

Shahida memaklumkan doktor mendapati paras platelet darah anaknya berada pada tahap rendah walaupun telah diperiksa sebanyak tiga kali.

Hiburan Sat, 14 Jul 2018

Patutlah Nampak Muda, Alif Satar ‘Pecah’ Rahsia Penyanyi Lama

Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, betul tak? Lihat ketampanan dua figura bersaudara ini, pasti ramai tertanya, apa agaknya rahsia mereka ya…

Featured Mon, 2 Dec 2024
Featured Sun, 29 Jun 2025

NONA & TV3 Sambut Ulang Tahun Ke-41 Dalam Suasana Penuh Warna di Cake Piknik!

Program ikonik TV3, NONA, menyambut ulang tahunnya yang ke-41

Featured Fri, 10 Jun 2022

Rumah Bonda Saman JKM WPKL, Mohon Rumah Perlindungan Dibuka Semula

Alamak! Bila dah daftar baru lah boleh buka sis….Kena lah ikut prosedur

Hiburan Mon, 4 Mar 2019
Events Wed, 15 Jan 2020

Ayie Floor 88 Rebah Ketika Buat Persembahan?

Semoga cepat sembuh ye Ayie!

error: Content is protected !!